Haram Mengharamkan Yang Tak Haram

Bila tembakau komen tentang ketam nipah dalam entri aku Bukan Gulai Ketam Si Comat, aku teringat tentang ‘hukum’ haram makan ketam hitam, atau black crab, atau ‘ketam Cina’. Dia orang kata ‘ketam Cina’ ni ialah ketam warna hitam (dan bukan biru) yang orang Cina suka makan tu. Ketam nipah. Scylla serrata.

Teringat juga tentang satu lagi ‘hukum’ barangsiapa yang sedih melihat haiwan disembelih maka haram baginya memakan haiwan berkenaan. Datang dari mana hukum-hakam macam ni ek? Yang sampaikan hukum-hakam ni pula orang tua-tua kampung tau. Orang lama gitu. Disampaikan pula kepada bebudak muda dan remaja yang dok dahaga ilmu. Jenuh… jenuh…

Bebudak muda tu nanti kalau cemerlang dalam ilmu sedemikian boleh cuba apply kerja dengan JAIS. Kalau qualification Engineering boleh try dengan ASTRO atau SYABAS. Kalau mass-comm atau business admin boleh cuba dengan Telekom.

Ni yang buat aku menyampah dengan para ustaz. Maka aku pun nak jadi ustaz. Ni fatwa aku — Ketam nipah tak haram. Daging haiwan halal yang kita sedih tengok dia disembelih juga tak haram. Mengatakan tu semua haram memang haram. Haram jadah! Cukup-cukuplah tu! Jangan susahkan anak cucu. Jangan susahkan Muslim. Mati esok kubur lain-lain.

Advertisements

12 Respons to “Haram Mengharamkan Yang Tak Haram”

  1. wah…emo la abg ni. hehehe =b

  2. Aku pernah dengar semua tu BRO.. dek kerana ketam memang mahal, aku jarang beli ketam… lalu nak ajar anak ketam berjalan pun aku dah lupa…

    • In the first place, apa pasal manusia kena ajar anak ketam tu berjalan walaupun mungkin ketam tu yatim piatu? Bukan ke nanti ketam tu bakal bermastautin dalam perut manusia gak? Eheks…

  3. I heard about the barangsiapa yang sedih melihat haiwan disembelih maka haram baginya memakan haiwan berkenaan and was applied to my situation.

    In short: a pakcik got cute fluffy rabbit.Time pass by.One day pakcik make special gulai.Was halfway eating, then pakcik broke the news that it was cute fluffy rabbit.Was mortified.Nangis serta-merta because had close bond with cute fluffy rabbit.Makcik came, horrified, said cannot eat (haram) because yours truly nanges over nasib cute fluffy rabbit.

    Sejak hari itu, tiap kali makan kat umah pakcik, memang orang tua kene interrogate ape binatang dia masak..hahahah…because pakcik’s house is like a mini-zoo…kambing, burung eksotik etc…and one time a cute little crocodile name ‘Awie’ (hahahahahahha) was his pet.So yes.Dah sekian.

  4. wah… sibuk cerita pasal haram mengharam nie.. syok pula baca.. tapi apa yg penting masa sikin mula mengandung teringin betul nak makan ketam… tapi tak ada musim ketam masa tu.. akhirnya dapat setelah kandungan dah berusia 5 bulan… memang sedap dapat makan ketam cili padi… hingga mengilat jari..

    • Ketam cili padi tu yang jenis mana ek?

      Anyways, entri ni hanya mengharamkan SATU perkara saja — mengharamkan perbuatan mengharamkan yang sebenarnya tak haram… eheks… Errr… hmmm… macam kompius le pulok penjelasan ni kan?

  5. karam singh walia pun nangis bila baca entri hang nih…

  6. Haram Mengharamkan Yang Tak Haram, rokok, paip cerut dan seumpama nya bagaimana pula? Kenapa pulak status nya jadi same dengan babi, anjing, arak, darah dan nanah?

    • Huh…? Tak pasti tentang ni. Betul ke ada ulamak yang hukumkan rokok, paip dan cerut tu najis? Kat mana sumber ni? Yang beta tau cuma dihukumkan haram saja tapi tak dikategorikan najis laaa… Bukan ke? Ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: