Kahwin vs Nikah

Benda ni dah lama, kan? Malam tadi attend kenduri kahwin Melayu di hotel. Ada tayangan video majlis akad nikah sebelah paginya. Rakan ofis Cina yang duduk kat sebelah tanya apa beza majlis nikah dengan majlis kahwin. Hmmm… apa ya? Dan dia juga tanya tentang sijil atau surat nikah. Tu kira sama macam marriage registration dia orang. Masa bila pula kena buat registration tu?

Aku tak berpa nak fikir sangat sebab kepala aku masa tu tengah dok sendat bersemangat dengan imaginasi aktiviti bersama Permaisuri beta sebab tengok orang bersanding, kan? Kan? “Nikah is religion. Kahwin is tradition. Registration is State law.”

Kekadang kita terlupa bahawa budaya Melayu dan agama Islam di mata bukan Melayu dan non-muslim bukanlah sesuatu yang signifikan sehingga membolehkan kita assume bahawa dia orang mesti dah tahu tentang semua tu. Melayu kena tanya diri sendiri dulu apa sangat yang Melayu tahu tentang budaya Cina dan India serta kaum etnik lain yang sebahagiannya duduk berjiran dengan Melayu. And no… they don’t need to know about Melayu pun. Melayu yang rasa kaum lain WAJIB tahu tentang budaya Melayu dan agama Islam, mudah-mudahan kalian ada justifikasi yang munasabah.

Advertisements

18 Respons to “Kahwin vs Nikah”

  1. kengkadang pon melayu tak kenal diri dia sendiri….contoh paling senang kenapa ada sultan dan apa makna sultan pada orang melayu…

    tu belum tanya pasal kijang putih…hari hari kita guna kijang putih…

  2. melayu lebih taksubkan tradisi dari agama islam itu sendiri.

    • Yup… sebab tu majlis bersanding depa masih buat tepung tawar. Tabur makanan tak tentu arah. Dan Melayu zaman ni salah faham maksud bidalan tok nenek “biar mati anak jangan mati adat”. Adoi laaa…

  3. bagi gua la…identiti…apa benda pun akan balik ke root yang satu…keagamaan…

    aku dah lupa satu ayat orang orang tua,lebih kurang bunyinya `pemati buah petua,pemati petua allah taala”yang aku nampak.konklusinye..
    manusia-adat@tradisi-ketuhanan…

    link yang tengah tu hilang,ke ayah pin la jawapnye….

  4. ayah pin pun da naik teko ke langit…hehehe…kan aku da cakap da, mesti hang ada idea nak buat blog apa yang nyonya tu tanya…napa x selit yang hang ckp kawin tu gangbang?

  5. Hari tu ade lah attend member nye akad nikah kat masjid di Tanah Kanggaru.Member yang kawen lak bukan orang melayu maupun orang arab.

    So teramat curious nak lihat apa yang dibawa dalam ‘majlis akad nikah’ tersebut.Abis jer tok kadi selamatkan ijabqabul deyrang, gua yang kontrol ayu ni pun kontrol nangis.Member gua yang teramatlah anggun berjubah dan selendang simple, takde lah pulak mekap ala artis, inai pun takat simple² jer takdelah pattern cam tangan Ivar Gnilek punye bini…the simplicity of it enhanced the beauty of a family institution in the eyes of Allah.

    And then us 20+ orang, pegilah kat rumah penganten baru, minum² kopi/teh makan biskut, then dinner sikit-sikit untuk meraikan penganten.Dok korek-korek latarbelakang pengantin, si suami orang Greek , si isteri orang dari one of those countries ending with ‘stan’..me thinks somewhere in North China.Instead of killing themselves to which ‘tradition’ they should infuse in their wedding, they made their own yang tidak menyusahkan diri-sendiri maupun para hadirin sekalian.

    See?Bende senang , bukan susah pun.Yang menyusahkan adalah napsu over-over jer.

    • Dan juga birokrasi Jabatan Agama yang melampau-lampau.

      • Arghhhhh trauma mengenangkan zaman mengisi borang nikah tersebut!!Nasib lah majlis agama dok color-codedkan the forms (yang pink untuk bakal isteri, yang hijau untuk bakal suami) but in my case, macam kene translate lah pulak…pastu si suami lak paksa tunjuk surat pengesahan dia takder bini/tak pernah kawen/teruna tulen yang kene ditandatangani oleh ketua imam pelbagai…

        …patutlah orang suka kawen kat Golok.Non of this bureaucrappy nonsense.Benda senang jadi benda susah.

  6. ini contoh yang aku rasa senang nak paham.kalau kendo di jepun grandmasternya akan duduk tepi laut mengadap matahari terbit,dorang akan bertafakur.

    dalam muay thai,kalau korang perasan peninju muay thai akan melutut setiap penjuru gelangang.setiap arah tersebut mengadap patung budda.

    setiap ilmu mempertahankan diri adalah identiti bangsa yang mengasaskan martial art itu sendiri.ini adalah adat.petua itu adat.identiti bangsa berkait dengan adat dan petua.

    kenapa kadang kala petua tidak berkesan?.kerana kun fayakun.

  7. Sapa berani bantah kalu kita nak akad nikah kat masjid no sanding-sanding? Sanggup tengok mak masam muka majuk mogok tak makan 3 hari 3 malam sebab tak berpeluang nak renjis tabur beras kunyit etc.. etc.. Berkompang pakai baju sedondon pelamin 2 tingkat, kek 5 tingkat?

    wooooo… baik beli rumah lagi sebijikkk…

    • Huh??? Pelamin dua tingkat??? Camne tu? Boleh menimbulkan safety hazard kepada jurugambar dan tukang renjis tepung tawar tu!

      • azieazah► Betul betul!Yang emo adalah ahli keluarga…penganten rilek jer tak nak bersanding…why lah…so bila hari persandingan, penganten tak ikhlas…hahahaha…tu yang senyum simpul jer tu.heheheh.Gile weiiih pelamin dua tingkat

        Najwa Aiman►cameraman & tukang renjis kene pakai safety harness.Macam orang nak rock climbing.Gua dah tergelak imejin Nenek gua pakai safety harness.Free jer gua kene sumpah jadi cucu cipan kalau buat camtu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: