“Jangan Tenung Keranda”

Dalam aku dok berazam nak hadiri kenduri kahwin Cina, rakan ofis bercerita tadi bahawa weekend hari tu dia hadiri funeral rakan Cina beragama Buddha. Ya tak ya gak… Dok fikir pasal kenduri kahwin, macam mana pula dengan upacara pengebumian kaum lain kan? Kan? Mesti teramat berbeza. Tapi biasanya upacara pengebumian ialah upacara keagamaan. Dan mestilah upacara yang diselubungi kesedihan. So rasa-rasanya aku tak le berazam nak attend sebab aku tak mau sedih… eheks…

Anyways, memandangkan rakan-rakan Cina dan India non-muslim aku terhad pada individu (yakni tak melangkau sampai jadi family friend), maka aku rasa aku takkan ada jemputan daripada ahli keluarga dia orang (yang memang tak berapa kenal aku) untuk upacara kematian dia orang kut?

Tapi aku belajar something new tadi. Rakan ofis kata bila keranda berisi mayat tu nak diusung keluar, semua hadirin mesti berdiri tanda hormat tapi muka mesti dipalingkan ke arah lain. Jangan pandang keranda tu. Kenapa? Sebab dia orang percaya kalau pandang keranda yang sedang diusung ke kubur atau tempat bakar maka nanti orang yang pandang tu dapat sial. Dapat suwey looorrr…!

Huh? Now I know… But then again, dah beberapa kali gak rasa-rasanya aku terpandangkan kereta mayat yang bawa keranda Cina di mana dindingnya kaca lutsinar. Walaupun ada macam-macam tulisan dan corak bunga atas kaca tu, tapi masih boleh nampak keranda di dalamnya. Malah yang tak berdinding pun ada beb. Kenapa kereta mayat dia orang tak comply dengan pantang larang ni ek?

Advertisements

7 Respons to ““Jangan Tenung Keranda””

  1. kes kereta mayat tak comply ni lebih kurang sama dengan malaysia yang claim kita sebuah negara islam tapi ada kilang arak. kan? kan? ye ke? satu.

    dua: mungkin juga ia bertujuan nak pekena orang yang tak paham ritual berkaitan suwey-suwey nih. orang dia, pahamlah ritual. makanya, kita yang tak tau ni… suwa-suey good morning je lah hahaha.

    tiga: mungkin juga itu salah satu cara mereka nak galakkan orang bangsa lain pelajari/mendalami budaya dan agama mereka (?)

    3 ni je yang gua terpikir.

  2. Kadang2 tanya orang dia, ada gak yang sendiri memang tak tau… Bukan depa amik tau sangat. Kalu kat kampung2 yes.. Tak nangis tak sah. Dolu I kecik2, selalu dengar depa upahkan orang untuk nangis..

    Ada satu filem buat scene tu.. Kalu tak silap Yasmin Ahmad punya filem. Budak2 amik upah nangis kat rumah orang Cina mati…

    • Sampai sekarang pun memang ada kontraktor yang amik upah nangis untuk funeral Cina sebenarnya. Kontaqktor berdaftar lagi tu. Khabarnya menurut rakan Cina beta, lebih kuat dan ramai orang meraung menangis, maka lebih mulialah si mati. Gitu le kata dia.

      AMARAN: Meratap dan meraung berlebih-lebihan ke atas mayat atau kematian adalah diahramkan oleh Islam. Menangis tak apa. Sekian, majlis mengucapkan tima kasih. Wallaahu a’lam…

  3. huh… takut nanti persatuan cina mati buat piket…. kereta/van/lori mayat depa kena tutup penuh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: