Tajuk Utama Akhbar Hari Ni Ialah…

Zaman aku baru pandai membaca merangkak-rangkak dulu, aku cuma baca tajuk utama akhbar je. Masa tu berita muka depan yang glamour ialah tentang Botak Chin dihukum gantung. Selain daripada tu yang memori aku boleh ingat ialah tentang sorang perompak yang putus tangan sebab grenade dalam genggamannya meletup tak sempat nak lontar. Lepas tu ada berita pasal Presiden Pakistan Ali Bhutto (zaman tu berita TV dan radio sebut “Ali Bato”) mati dibunuh. Apa lagi ek? Entah… tak ingat… maklum le… memori aku masih tahap megabait dalam zaman gigabait ni… eheks…

Sebenarnya apa ciri-ciri berita yang layak duduk muka depan sebagai berita utama ek? Kalau kau orang editor akhbar, dan pada hari yang sama ditakdirkan serentak berlaku 7 peristiwa ni —

  1. Bas Sani ekspres eksiden mengorbankan 10 nyawa;
  2. Enjin jet TUDM ‘hilang’;
  3. Mahkamah Rayuan overturn keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan waktu soal siasat SPRM;
  4. TG Nik Aziz mendoakan bala berkaitan royalti minyak Kelantan;
  5. Undi bajet 2010 Parlimen 63-60;
  6. PDRM ditakut-takutkan oleh wakil rakyat;
  7. Brittany Murphy mati —

Yang mana satu kau orang pilih sebagai berita utama ya? Jeng jeng jeng… Meh tengok kau orang editor akhbar tabloid, akhbar kerajaan atau akhbar rakyat? Jeng jeng jeng…

Advertisements

5 Respons to “Tajuk Utama Akhbar Hari Ni Ialah…”

  1. hah! senang.
    nombor 2 pilihan saya.

  2. aku pilih no 5..budget sgt penting dan rakyat kena tahu

  3. Nombor 2 kot…

  4. Baik aku boh kisah sensasi aku sendirik.. Dah aku yang jadi editor… Wartawan tu berani bantah??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: