Arkib untuk Januari, 2010

Bukan Untuk Trafik Saja

Posted in Gomen, Teknologi, Undang-undang on 30 Januari 2010 by Najwa Aiman

Ada kamera baru merata-rata kat Malaysia nanti. Bukanlah! Tak ada kena mengena dengan kamera yang banyak terpacak tepi tiang traffic lights macam sekarang ni. Bukan yang guna filem dan flash (tapi selalunya guna flash saja tanpa filem) tu. Bukan. Ni kamera baru. Teknologi baru. Lebih canggih—

1,000 kamera pantau pemandu
2010/01/29

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memasang lebih 1,000 kamera beresolusi tinggi bagi mengesan pesalah jalan raya yang memandu melebihi had kelajuan dan melanggar lampu isyarat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, bermula Mei depan… (baca habis)

Kamera baru ni guna filem dan flash juga atau guna digital yang network secara langsung ke main server di Bukit Aman? Kamera ni boleh snap nombor plate dan wajah pemandu dengan jelas kalau pemandu memecut laju atau langgar lampu merah. Kalau langgar orang aku tak sure le pulok.

Nak suggest letak kat kawasan yang ramai budak boleh tak? Please… please… please… InsyaAllah penjenayah bangsat yang pernah jadikan Sharminie dan Nurin Jazlin sebagai mangsa dulu tak boleh lari lagi dah kali ni… InsyaAllah! Kalau betul dapat tangkap, aku bersyukur kerana membayar cukai!

Errr… yang biasa projek dalam kereta tu kali ni make sure pasang tirai yang detachable tu tau!

Gocoh! Gocoh!

Posted in Bencana, Bodoh, Pendidikan on 30 Januari 2010 by Najwa Aiman

Putera dan Puteri beta masih di skeolah rendah. Seingat aku seumur hidup dia orang belum pernah lagi tengok orang bertumbuk kecuali dalam Teen Titans, Naruto dan Ben-10 di TV. Tak semeriah pengalaman bebudak sekolah rendah kat Banting—

2 guru ‘bergusti’
Oleh Abdullah Wahab
2010/01/29

BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit…(baca habis)

Entah apalah agaknya di fikiran bebudak sekolah yang menyaksikan adegan tu. Entah kenapalah anak ustazah tu dipukul cikgu Matematik tu. Entah kenapalah ustazah tu tak suka anaknya dipukul cikgu. Lagi mau tanya kenapa mak bapak yang bukan cikgu datang sekolah dan lempang cikgu yang lempang anak dia?

Kalau kejadian ni berlaku kat sekolah anak-anak kau orang pula? Nak buat apa sebagai susulan ya?

Aqidah

Posted in Bencana, Islam, Puisi on 29 Januari 2010 by Najwa Aiman

Anak-anak kita
ahli syurga atau neraka?

Kita hantar mereka ke sekolah
diajar mereka ibadah
diajar mereka mu’amalah
tapi masih lemah ‘aqidah

Anak-anak kita
ahli syurga atau neraka?

Mereka tanya siapa Allah
Dialah Tuhan yang disembah
Dialah Yang Maha Pemurah
tapi siapakah Rasulullah?

Kepala Siapa? Kat Mana?

Posted in Bebel, Bencana, Bodoh on 29 Januari 2010 by Najwa Aiman

Sebelum ni kepala lembu. Seekor. Bebaru ni kepala babi. Diberitakan dua ekor. Kononnya persengketaan agama tapi tak nampak relevan dengan isu kalimah Allah. Buat masa ni la. Really?

Ada yang nak letak kepala orang pula ke lepas ni? But then, kalau kepala orang, masih lagi bukan persengketaan agama. Etnik, warna kulit, warna rambut, warna bulu, warna kuku, warna anu, warna zakar, warna faraj, bla bla bla, tak melambangkan anutan agama.

Nak letak kepala apa pula lepas ni? Kepala lutut? Kepala bana? Kepala kote? Kepala konek? Kepala zakar? Tak nak letak tetek sekali? Letak puting tetek? Letak kepala kelentit? Dan nak letak kat mana pula? Dalam hidung? Dalam dubur?

Kau orang yang buat kerja ni semua terencat akal ya? Sex deprivation? Tak cukup vitamin? Atau simply tak cukup bangang?

Kenangan

Posted in Nostalgia, Puisi on 28 Januari 2010 by Najwa Aiman

Dalam setiap langkah
sarat dengan kenangan
dalam setiap pandang
nampak keindahan
dalam setiap tutur
terdengar pujuk rayu
dalam setiap kata
terungkap nada cinta

Lalu ini semua
terkandungkah sebarang makna
atau sekadar si buta
meraba-raba dalam gelita?

Kita Serupa…

Posted in Islam on 28 Januari 2010 by Najwa Aiman

Ustazah aku masa Form 3 dulu kata Islam mengharamkan kita mengumpat orang yang masih hidup dan juga mencerca orang yang telah meninggal dunia atau dalam istilah saintifiknya ‘mencerca mayat’. Maknanya kita tak boleh bercerita tentang keburukan orang tanpa kehadiran orang tu di depan kita. Kalau cerita kebaikan tak apa.

Jadi apa beza antara umpat dan fitnah? Pada fahaman aku yang selalu salah faham ni, umpat ialah kisah benar tentang keburukan orang yang diceritakan di belakangnya. Fitnah pula ialah kisah rekaan tentang keburukan orang tak kiralah sama ada diceritakan di depannya atau di belakangnya. Maknanya fitnah ialah subset bohong. Betul kan?

DYMM Almarhum Sultan Iskandar Johor ialah seorang manusia biasa. Sebagai manusia memang le membuat kesilapan. Sekarang baginda sudah mangkat. Sudah jadi mayat. Tak usahlah bercerita tentang kesilapan baginda. Cari ajalah yang baik-baik untuk dibuat teladan. Baginda pun tak mampu nak mempertahankan diri lagi. Kita pun nanti akan jadi mayat juga. Akan ada orang yang masih hidup bercerita tentang kita sama ada kita mahu atau tak, suka atau tak. Kita semua sama aje. Kita serupa. Hadirku untuk mengubat lukaaaa… ooo… Kita serupa… Kita serupa… Walaupun aku pernah dikecewaaaa…

Al-Fatihah untuk Allahyarham Sultan Iskandar…

Mewah vs Selesa

Posted in Ekonomi, Kapitalis, Sosial on 28 Januari 2010 by Najwa Aiman

Hidup perlu mewah atau selesa? Untuk selesa, perlu mewah tak? Kalau mewah, gerenti selesa tak? So, “hidup selesa” tu macam mana sebenarnya ek?

Mengikut pendapat aku yang berpendapatan rendah ni, “hidup selesa” ialah cukup makan minum, cukup pakai, ada tempat tinggal dan mampu mengadakan keperluan asas hidup seperti pelajaran, kenderaan, komunikasi dan utiliti tanpa perlu berhutang.

Setuju?