Loceng Aiskrim Dah Meriah Kembali!

Selamat bersekolah kepada anak-anak yang baru nak kenal dunia kebebasan dan samseng. (Yup… it’s a reality… jangan terus hidup dalam ilusi dan khayalan. Wake up and live with it if you can’t make a difference!). Selamat bersekolah semula dan menyambung hidup realiti kebebasan dan samseng. Selamat bercuti dari pejabat dan mengharung hari yang jauh lebih penat daripada kerja di pejabat kepada mak bapak dan penjaga yang sah. Kalau ni anak kalian yang pertama bersekolah… well… kalau ada mesyuarat PIBG tu, pergi le. Dengar-dengar, pandang-pandang, bagi pandangan. Ofkoz there will be some disappointment. It’s life. Nothing’s perfect, tapi kita boleh bantu sempurnakan apa-apa yang patut demi anak-anak dan warisan kita, insyaAllah. Kalau rasa betapa dahsyatnya pembelajaran dan pendidikan diperuntukkan kepada anak-anak watan kita di negara ni, then live with it. Education is not only for the children. It’s for the parents too, you know… cewah…! Skipping London pulok… eheks…

Kepada yang sepatutnya jadi mak atau bapak tapi tak jadi sebab bayi tu dihantarkan ke tong sampah, sungai atau parit masa bayi kau orang lahir dulu, insyaAllah pintu taubat masih terbuka. Pohonlah keampunan Allah mudah-mudahan Allah SWT ampunkan dan bayi kau orang tu akan jadi pelayan kau orang di syurga.

Kepada yang masih berusaha dapatkan zuriat, ketahuilah bahawa anak-anak itu ialah rezeki daripada Allah SWT dan setiap rezeki itu ialah amanah dan setiap amanah itu adalah beban yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Sentiasalah bersyukur dan bersangka baiklah terhadap Allah SWT.

Selamat senyum simpul melebar sampai ke telinga kepada penjaja aiskrim, sate mini, ice-blended homemade, dan beberapa jenis junk food. Hangpa tak hendak pasang tonto ke? Kita orang tau tentang salah sorang penjaja aiskrim yang motosikalnya kena angkut dek MBPJ tahun lepas. Esoknya dia dah kembali menjaja kat depan sekolah macam biasa. Apa trick ek? Eheks…

Advertisements

14 Respons to “Loceng Aiskrim Dah Meriah Kembali!”

  1. Sayu pula bila baca entri penuh nasihat U ni. Segalanya benar belaka. Terutama bab orang yang sangat inginkan zuriat, semoga terus bersabar..

    Bagi yang ada anak tak kira sorang atau selori… berbahagialah dengan keluarga dan anak-anak. Best kan, ada anak berlari mengejar bila kita balik kerja… yang bergaduh berebut pensil atau pemadam masa buat kerja sekolah…

    atau berebut sapa pandai eja bila mak buat kuiz yg hadiahnya cuma cherkelat sebiji jerr…
    adussss… terkenang beb!

  2. hang ni dah sampai tahap ustazzzz ni…

  3. aku ada terbaca “melentur buluh biar dari rebung” bukan hanya dalam mendidik anak2. tetapi juga dalam mendidik isteri. maksudnya kena mula sejak dari malam pertama. bukannya selepas 20 tahun kawin baru nak tegur itu ini…

    • Yup… memang tu le nasihat bidalan tok nenek orang Melayu sejak dulu.

      Ada ketika aku pernah “berbincang” dengan sorang rakan ofis beberapa taun dulu tentang melentur buluh. Dia kata kalau dah jadi buluh, patah bila dilentur. “Perbincangan” kami tercetus bila aku respon dengan berkata “Kalau dah jadi buluh, orang lain tak akan lenturkan lagi. orang lain sekadar cakap saja bahawa lentur tu lebih baik. Terpulang kat buluh sendiri nak lentur atau tak.” Adoi laaa… Cakap camtu pun aku kena marah gak…

      Anyways, sedangkan pintu taubat masih terbuka selagi belum ajal, apatah lagi pintu perubahan. Muda atau tua, baru kahwin atau dah nak bercerai, perubahan tak kenal tu semua, insyaAllah.

  4. Alahai, encik, feeling gua baca entri ni.Ni kalau jadi entri untuk pikat awek, memang penuh inbox email lu terus surat permohonan untuk meminang.

    InshaAllah, doa²kanlah kami yang nak sangat merase jadi babymama.Nasib baik gua ni optimist, mungkin belum tiba rezeki.Tidak ape, gua masih rawk dan bak kata watak Tim Allen ‘Captain Quincy Taggart’ dalam filem ‘Galaxy Quest’, “Never give up!Never surrender!”

    Dah sudah…epic gagal…orang quote ayat Quran ke, hadith ke, gua dok quote dialog dari pilem.Kene cari hobi baru ni.

    Dan marilah kita doakan budak-budak sekolah ni mengamalkan ilmu yang diberkati Allah, semoga mendapat hidayah.Jangan jadi kes Alina Parcea udah ler.

    Fainna ma’a’l-’Usri yusran. Inna ma’a’l-usri yusra (Al-Inshirah 94:5-6)

    p/s your daughter so gorjes!

  5. Rule of engagement 1. Kalau hantar kat taska, tadika, Pasti, kemas etc….hantar je dan terus tinggalkan. Sebab dorang bagi makan dan kita tak perlu tinggalkan duit untuk dorang berbelanja. 2. kalau 1st time masuk sekolah kena tunggu…..kat kantin berebut dengan senior, toilet pun tak tahu kat mana…..SO kena tunggu la.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: