Memang Bahasa Dewa-Dewa

Orang kita dolu-dolu tak bagi sebut nama binatang liar, kan? Nanti muncul, katanya. Maka tak disebutlah nama-nama seperti buaya”, “harimau”, “tikus” dan “ular”. Lagi-lagi rumah orang Melayu zaman dulu rata-ratanya di tepi sungai dan berpagar hutan yang memang habitat azali makhluk-makhkluk tu kan?

Kalau perlu juga disebut nama-nama tu dalam perbincangan dan perdebatan hangat warung parlimen dan serambi rumah penghulu, maka hendaklah ditukar ke gelaran lain yang takkan menyeru makhluk berkenaan muncul. Lantas buaya”, “harimau”, “tikus” dan ular” pun jadilah Pak Rangkak”, Pak Belang”, Cik Siti” dan Si Batik”. Barangkali dek kerana tikus tu kecil comel maka dapatlah dia gelaran yang agak feminin, manakala buaya dan harimau lebih layak diberi gelaran yang lebih jantan maskulin. Sang ular pula barangkali kerana agak kompius sikit nak menentukan jantinanya, maka dapatlah dia gelaran yang lebih universal dan unisex. Jantan betina boleh pakai. Barangkalilah…

Kalau sebut crocodile”, “tiger”, “mouse” atau snake” okey tak? So far orang dolu-dolu tak pernah marah bila aku sebut dalam bahasa tu. Betullah agaknya bahasa Melayu ialah bahasa dewa-dewa. Binatang pun faham kalau disebut nama dia orang dalam bahasa Melayu sampai binatang tu akan muncul. Kalau sebut dalam bahasa lain tak apa… eheks…

Kalau aku sebut “Lisa Surihani” atau “Liyana Jasmay” atau “Linda Hashim”, dia orang muncul tak? Atau hanya binatang liar saja yang ada sakti boleh muncul bila diseru?

Advertisements

6 Respons to “Memang Bahasa Dewa-Dewa”

  1. yang 3 ‘L tu liar tak.. kalo liar for sure datang untuk lu….!

  2. cuba ko sebut nama RB….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: