Arkib untuk 8 Januari 2010

Amaran Awal Tahun

Posted in Bencana, Semasa on 8 Januari 2010 by Najwa Aiman

Februari 2009 dulu ada laporan akhbar tentang orang nampak buaya kat dalam laut dekat pantai Tanjung Tuan, Port Dickson. 5 Januari 2010 ada laporan akhbar Harian metro tentang sorang pengunjung di Port Dickson (dalam emel berantai sebut pantai tu berdekatan atau di persisiran pantai hotel Corus Paradise, but please bear in mind ni maklumat emel semata-mata) yang kakinya kena gigit “ikan besar” semasa berendam di laut.

Anyways, orang kampung sekitar kata kemungkinan yang menggigit tu ialah ikan yu sebab memang sekarang ni musim ikan yu berkeliaran kat situ. Kalau kejadian ni ada kaitan dengan sighting buaya tahun lepas, bermakna awal-awal tahun memang musim haiwan laut pemangsa berkeliaran di persisiran pantai. Kena elakkan berendam di laut pada awal tahun, kecuali kalau terpaksa mandi junub secara ekspres.