Arkib untuk 9 Januari 2010

Simpan Di Payu Dara… Lagi!

Posted in Fesyen, Matang on 9 Januari 2010 by Najwa Aiman

Aku bertandang ke rumah maya La Signora tadi dan entrinya membawa aku ke Cleavage Caddy (ya… memang ada kena mengena dengan payu dara. Habis kau orang ingat aku cerita pasal ‘cleavage’ apa? Cet!)

Dulu aku tulis tentang orang dolu-dolu simpan duit dalam coli kan? Eheks… Nah! Trend tu akan kembali beb! Pootz pun pernah komen bahawa coli zaman tu memang ada ruang untuk simpan duit. Sekarang, coli gitu dah kembali. Simpan duit? Eleh… out of date. Sekarang lu boleh simpan laptop pun kalau mau!

Selain daripada tu, kaedah ni juga boleh mengurangkan sensitiviti pada deria sentuh wanita dan lelaki tatkala payu dara tu cuba diraba, sengaja diraba mahupun minta diraba. Keupayaan sensitiviti deria sentuh di wilayah tu hanya boleh dikembalikan setelah coli tersebut ditanggalkan sepenuhnya.

Dan kebaikan yang paling utama ialah perempuan takkan miss call henpon lagi. Sekarang kalau dah letak henpon dalam poket coli pun masih tak perasan henpon bergetar… isy isy isy… Kecuali kalau memang sengaja dibiarkan henpon bergetar kat situ laaa… Apa pasal ek?

Mereka Juga Percaya Kepada Allah

Posted in Islam on 9 Januari 2010 by Najwa Aiman

AMARAN: Aku bukan ustaz atau pegawai JAIS, dan especially aku memang tak dianggap sebagai seorang soleh oleh orang lain. Entri ni hanya pendapat aku je. Sekian, majlis mengucapkan tima kasih.

Bila mahkamah putuskan kalimah ‘ALLAH’ boleh digunakan oleh terbitan Kristian Herald Weekly, hati aku ada sikit tersentak. Sikit je la. Teringat kata ustaz dan ustazah saman sekolah dulu — bahawasanya manusia ni walau apa pun agamanya, semuanya percaya kepada Allah SWT sebagaimana Mulsim percaya kepada Allah SWT juga. Tapi yang membezakan antara mereka dan Muslim ialah iman. Iman pula, ditentukan oleh syahadah, solat, puasa, zakat dan haji, selain daripada kepercayaan penuh yakin kepada Allah, kitabNya, malaikatNya, rasulNya, qiyamat dan qada’ & qadarNya.

Bila teringat kata-kata ustaz dan ustazah, maka hati aku reda. Kalau ni tak memadai, rujuklah kata-kata daripada ALLAH sendiri—

Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri. ~ al-Ankabut : 46)

Rujuk lagi apa yang ALLAH sendiri akui dalam kitabNya yang suci dan terpelihara—

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik): “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) ~ al-Ankabut : 63)

Fahamkan apa yang ALLAH sendiri sampaikan kepada kita semua melalui rasulNya yang agung—

Dan Demi sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!” Maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dialah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman! ~ al-Zukhruf : 87-88)

Kepada mereka yang membaca entri ni — Muslim atau bukan — sesungguhnya masalah kaum musyrikin ialah kegagalan tauhid, dan masalah ahli kitab ialah tentang syahadah kerasulan, dan di antara mereka ada yang memilih untuk mempertahankan kepercayaan mereka dengan menggadaikan nyawa, sebagaimana Muslim mempertahankan Islam dengan nyawa juga. Yang membezakan musyrikin, ahli kitab dan Muslim bukanlah kepercayaan kepada Allah, sebab kita semua percaya bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Yang membezakan ialah iman.

Kenapa golongan musyrikin dan ahli kitab di Malaysia (bahkan Indonesia, Brunei dan Singapura) tak gunakan perkataan selain “ALLAH” seperti “Tuhan”? Sebab mereka juga, sebagaimana Muslim, percaya bahawa ada beza antara “RAB” dan “ILAH”. Kita bersyahadah bahawa “Tiada ILAH melainkan ALLAH“. Kita bersaksi bahawa “ALLAH adalah RAB sekian ‘alam“.

Segala puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan mereka percaya bahawa ALLAH adalah Tuhan Yang Esa. Kalaulah mereka juga boleh menerima dan percaya bahawa ALLAH telah menghantar Muhammad SAW kepda seluruh umat manusia sebagai RasulNya yang terakhir.

Kembali Jahil, Kekal Jahil

Posted in Bencana, Bodoh, Islam on 9 Januari 2010 by Najwa Aiman

Hingga semalam, dah dua gereja diletup dan dibakar di Selangor sahaja. Namun petang tadi sebuah lagi kena bom petrol di PJ. Bukan Pandan Jaya, Paya Jaras atau Padang Jawa, tetapi Petaling Jaya. Tak tahu le siapa yang punya angkara. Yang nyata, dalang dan pelakunya adalah golongan jahiliyah. Jahiliyah tu apa ek? Dalam bahasa saintifiknya, bongok. Dalam isitilah sinonim pula, bodoh, bangang, bengap, tolol, bahalul, tongong… isy… macam-macam. Cari apa sebenarnya ya? Syahid? Aku tak tau Syahid kat mana, tapi Syahidan ada sorang duduk kat seksyen 2 PJ.