Arkib untuk 10 Januari 2010

Kat Malaysia Tak Ada Salji Ek?

Posted in Bencana, Matang, Semasa on 10 Januari 2010 by Najwa Aiman

Baik sungguhlah orang British ni. But then again, sebenarnya memang dia orang baik-baik, kecuali yang kat bandar-bandar besar le. Nak curang mesti ada alasan ek—

Salji dorong curang

LONDON: Warga Britain yang terkurung akibat musim salji melampau mengisi masa masing-masing dengan mengunjungi laman web yang menyediakan peluang menjalin hubungan sulit.

Berdasarkan tinjauan selama 24 jam kelmarin, kunjungan pelawat laman web IllicitEncounters.com meningkat mendadak, selain pertambahan keahlian baru ketara.

Laman web itu yang menyediakan ruang untuk suami atau isteri mencari kekasih gelap mendakwa, kebanyakan ahli baru mendaftar terdiri daripada penduduk kawasan paling teruk dilanda salji, termasuk di Hampshire, Berkshire, dan West Country…(baca habis)

Okay… let me guess — sesaat dua tadi terdetik kat hati kau orang nak klik link kat atas tu kan? Kan? Bukan ke? Ke? Ekekekeke… Well… curiosity kills the cat. Luckily I am not a cat!

So, negara tak bersalji macam Malaysia ni nak guna alasan apa? Atau tak payah alasan pun…! Malaysia Boleh Aje!

1Muslim

Posted in Islam, Puisi on 10 Januari 2010 by Najwa Aiman

Dalam 1Malaysia
kita berkongsi tanah
tapi tidak budaya
tidak juga bahasa
tidak juga agama
apatah lagi syahadah

Dalam 1Muslim
kita tidak berkongsi tanah
tapi kita mentauhidkan Allah
berkongsi Rasulullah
berpaksi satu syahadah
dan mati kita demi kalimah
Laa ilaha illallaah Muhammadar-rasulullaah

1Malaysia tak ada 1Muslim. Tak percaya? Teka ada berapa Enakmen Keluarga Islam dalam 1Malaysia ni? Eheks… Ya laaa… ada lebih daripada 1 Islam rupa-rupanya atas bumi ni. Dah terjumlah 73 golongan ke sekarang? Kiamat itu benar. Syurga itu benar. Neraka itu benar.