Arkib untuk 13 Januari 2010

Sumpah Orang Minyak

Posted in Gomen, Kapitalis, Politik, Sosial on 13 Januari 2010 by Najwa Aiman

Laporan dari myMetro

39,046 warga India ‘hilang’ di Malaysia

PUTRAJAYA: Sejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu menjadi isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen berdasarkan anggaran dibuat pada Jun tahun lalu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan (VOA) kepada warganegara India kerana kemudahan itu disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai…

Moralnya apa ek? Agak aku, sesekali tu kena turun dari takhta dan cuba makan cara dan menu rakyat marhain di restoran-restoran mamak sekitar Malaysia. Makan kat restoran sekitar Putrajaya dan KL pun tak apa. Sekadar minum segelas teh tarik pun tak apa. Asalkan bayar dengan duit poket sendiri. Dan jangan claim lepas tu.

Alternatifnya boleh ikut drebar pejabat pergi isi minyak kat petrol pump sambil-sambil tengok berapa laju dan berapa lama meter pam tu berputar. Tengok meter RM di pam tu sekali. Lepas tu bayar le harga minyak tu. Guna duit poket sendiri. Again… jangan claim lepas tu. Lagi elok drive sendiri setiap buah kereta persendirian yang ada kat beberapa buah rumah persendirian sama ada yang sendiri duduk, tak ada orang duduk atau gundik duduk. Bawa ke setesen minyak untuk diisi minyak. Again, bayar dengan duit poket sendiri. Again… jangan claim lepas tu.

InsyaAllah Tuhan akan buka mata hati dan hijab sehingga gugurlah ‘ilmu ghaib’ warganegara India yang masuk ke sini tu… insyaAllah…

p/s: Kanak-kanak kita yang hilang masih belum jumpa kan? Apatah lagi nak jumpa golongan dewasa yang dah berserabai atas bawah. Berserabai seluruh badan pun ada!