“Aku Decide Sama Ada Kau Malu”

Berita ni ada kena mengena dengan pramugara terlampau ke? Dah naik taraf jadi juruterbang terlampau pula ek? Tapi ni bukan hubungan sesama rakan sekerja. Ni antara orang kapal terbang dengan orang yang kasi terbang—

Kasanova tua hati kering
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Seorang juruterbang berusia lewat 50-an didakwa menjadikan karier glamor itu untuk memikat gadis muda sebelum memerangkap mereka menjadi hamba nafsu buasnya.

Bagaimanapun, selepas tembelangnya pecah, lelaki terbabit mengugut akan menyebarkan gambar bogel gadis yang cuba meninggalkannya.

Jika mangsanya berdegil mahu meninggalkannya, dia bukan saja menyebarkan gambar bogel mereka menerusi e-mel dan khidmat pesanan multimedia (MMS) kepada orang ramai, malah kepada majikan dan rakan sekerja gadis terbabit.

Mangsa terbaru, seorang wanita berusia awal 20-an yang bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat swasta di ibu kota…(baca habis…)

Dah pernah keluar ke berita tentang suami sendiri yang tergamak ugut nak sebarkan gambar isterinya bogel? Nak bagi bos atau kengkawan isteri dia gambar isteri dia bogel? Kalau ada pun tak terkejut le kan perangai manusia sekarang ni… adoi laaa…

Apa-apa hal pun, tak usahlah ambil gambar dalam keadaan bogel. Mengaibkan diri (sendiri atau orang lain) tu kan ke haram? Bukan ke? Ke? Dan mengaibkan orang tu tak semestinya dengan menyebarkan gambar dia berbogel sebab sesetengah orang bangga megah tak ingat bila orang lain nampak dia berbogel. Tu yang gembira sangat tayang badan di sebalik kain tiga suku bogel. Sesetengah jenis aib pula bila keadaan fizikal kawan tu jadi bahan jenaka — pendeklah, rendanglah, galahlah, tempayanlah, bla bla bla… Besyukurlah orang yang diejek tu masih ada courtesy untuk mengikat dirinya dengan adab tatasusila hingga orang yang mengejek  tak pernah diejek sedemikian. Tapi yang mengejek terlupa diri bila dia mengejek orang lain… Atau sebenarnya perbuatan camtu tak masuk kategori mengaibkan?

Lantas, ‘mengaibkan’ tu definisinya ditentukan oleh tuan punya diri yang merasa aib atau bukan?

Advertisements

17 Respons to ““Aku Decide Sama Ada Kau Malu””

  1. Aku janji tak guna perkataan katasifat “rendang” lagi. Cuma katanama “rendang” jer aku guna membawa maksud makanan yang dimasak dengan cara merenihgoreng, dicampur dengan rempah2, santan, kerisik dsb….
    Janji!!! And I am so very sorry, Bro….

  2. Cisss.. sungguh tidak beradap..

  3. hehehe…rendang….hehehe…

  4. baca posting ni je teringat maria ozawa…..

    oh maria……

  5. BANGGA TUNJUK ANU!!!! ahaha.. DUNIA…DUNIA….

    • Ekekekekeke… Aku tingat salahj sorang penjual ubat kat Lorong Ah Fook JB lama dulu. Dia jual ubat kuat. Dia tayang gambar anu tegang yang digantung dua biji buah kelapa. Dia kata tu anu dia.

  6. jagan sedut.. HEMBUS air tebu.. ahahaha

    • Masa tu memang ada gak rasa nak baling je air tebu kat dia. Darah muda lagi kan… Tapi mengenangkan masa tu poket pun tak ada gerenti akan terisi sepanjang masa, dan kalau terisi pun seketul dua berdenting-denting je, maka tak jadilah aku lempar air tebu yang masih banyak tu… eheks…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: