Gambar Je Yang Halal

Aku tahu kat Leboh Ampang dulu ada satu restoran Hindu yang gantung logo halal tentang pembekal ayamnya. Memang besar dan jelas logo tu, tapi kalau tak baca betul-betul tulisan di bawahnya, ramai akan sangka logo halal ialah untuk kedai. Sebenarnya bukan. Logo halal tu sekadar sijil yang mengesahkan bahawa pembekal ayam restoran tu halal. But then again, tu mungkin cuma untuk satu pembekal saja. Siapa berani gerenti kedai tu tak dapat ayam daripada pembekal lain? Kekadang sedih gak bila baca laporan gini—

Halal diragui
Oleh Hayati Ibrahim dan Aniza Zainudin

PUTRAJAYA: Selain memaparkan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., segelintir pemilik restoran tidak halal di negara ini dikesan turut menggaji wanita bertudung sebagai pelayan atau pekerja bagi meyakinkan pelanggan Islam bahawa makanan di premis mereka halal… (baca habis)

Ni namanya misrepresentation. Kenapa tak saman restoran ni melalui mahkamah sivil atas dasar misrep?

Sedih bila nampak muslimin dan muslimat makan minum tanpa waswas kat restoran yang waswas. Nope… ni tak ada kena mengena dengan lengkuas. Resah bila pada masa yang sama logo halal JAKIM pun orang boleh tiru dengan sukarela—

Tipu berat, logo halal
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat

SHAH ALAM: Bukan hanya menipu timbangan untuk mengaut untung berganda, sebuah syarikat mengilang kicap, sos cili dan sos tiram yang diserbu pihak berkuasa kelmarin turut dianggap melampau apabila didapati menggunakan logo halal palsu untuk memperdaya pengguna Islam…(baca habis…)

Pakcik makcik kat kampung yang tak ada internet nak check taraf halal produk macam mana pula ek?

Advertisements

9 Respons to “Gambar Je Yang Halal”

  1. Pakcik makcik kat kampung tak risau, sebab depa selalunya makan minum kat rumah jerrr…

    paling2 pun pakcik tu lepak kedai kopi orang tempatan jer.. yang sah-sah orang Melayu.

  2. aku pon heran kawan kawan aku yang suka la sangat makan kat restoran ane.

    kalu gua makan kat kedai mamak selalunya yang berjanggut panjang n’pakai ketayap meyakinkan sebab salam kita dia jawap dengan mesra dan yakin

    • Masa aku kerja jual nasi lemak, nasi goreng dan bihun atas keretapi dulu, salah sorang rakan sekerja berbangsa India suka bagi salam kat aku… ya… salam as in Assalaamu’alaikum. Dia boleh baca surah al-Fatihah dengan lancar secaar hafalan. Nama dia Christopher dan ya, dia beragama Kristian. Awek dia salah sorang rakan sekerja gak yang nama pendeknya Lina. Ya, Lina tu Melayu Muslim. Lina sentiasa… I repeat… sentiasa… ada love bite kat leher. Dan ya, dia mengaku, sebagaimana Christopher juga mengaku bahawa Christopher le si transformer nyamuk yang menggigit leher Lina tu.

      Moralnya? Manusia pun kena dapatkan cop HALAL JAKIM lepas ni… eheks…

  3. banyak yang diusahakan oleh india yang bukan muslim….

    mudah untuk tukar status.. hanya gantung ayat suci alquran, ayat 1000 dinar dan print sket kalimah allah muhammad….

    maka secara automatik status ditukar kepada “RESTORAN INDIA MUSLIM”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: