Kerajaan Kita Kaya Tak?
Tak tau le bila bermulanya tapi sejak minggu lepas dah ada polis trafik mengawal trafik kat bulatan Assunta. Sejak tu juga perjalanan balik ke rumah kat kawasan tu aman tenteram. Hati pun senang. Tak payah lagi nak fikir-fikir sama ada nak ikut Jalan Selangor atau Jalan Templer. Perasaan pun ada sikit lega dan gembira bila nak bayar cukai pendapatan nanti. Aku gembira!
Maka tadi dengan selamba rimau aku pun tempuh Jalan Timur langsung straight forward ke Jalan Selangor. Hmmm… banyak lak kereta hari ni kat Jalan Selangor ni. Kenapa ek? Ohhh… dari puncak Jalan Selangor tu baru aku nampak bulatan Assunta. Superbike abang polis tak ada kat depan tu. Makin dekat… ohhh… abang polis trafik pun tak ada lagi kat situ. Patutlah hari ni merangkak-rangkak.
Hilang lesap berdesup rasa gembira dan rela nak bayar cukai kat kerajaan. Depa dok buat apa dengan duit aku tu?
20 Januari 2010 pada 8:15 AM
depa guna duit tu untuk sesuatu yang kita tak pasti…..
20 Januari 2010 pada 10:44 AM
Mesti rahsia besar tu. Mesti dia orang nak kaji UFO tu.
20 Januari 2010 pada 9:24 AM
sekarang diorg tgh buat OPS HALANG…and aku adalah antara peserta bertuah…kena saman dekat PBD..ampeh…
20 Januari 2010 pada 10:44 AM
Lorrr… patut laaa… Cawangan trafik PJ semua kena kerah ke PBD agaknya semalam… eheks…
Eh? Lu kena saman gak ke? Lu parking mana? Bila ni?
20 Januari 2010 pada 9:41 AM
ntah polis tu sakit perot ke…..dia sedang berbalas tembakan ke….
mane kita tau…..
20 Januari 2010 pada 10:41 AM
Huh? Ekekekekek… ya tak ya gak… Betul tu… Tapi sebenarnya selama ni dua orang yang jaga roundabout tu. Anyways, mesti ada kawaqsan lain yang lebih kritikal maka ketua dia orang arahkan dia orang ke kawasan tu. May be ada mana-mana VVIP yang kebetulan time rakyat marhain tengah bersesak-sesak memaki hamun sesama rakyat tu VVIP tu pun nak gunakan jalan raya gak, perlu cepat, kena escort polis, pasang siren. VVIP pun nak merasa share maki hamun dan carut-marut rakyat marhain. Aku suka VVIP gini! Eheks…
20 Januari 2010 pada 10:42 AM
Duit U tu banyak nak pakai kat jalan lain ler bro… U ingat jalan balik rumah U saja yg banyak keta? Jalan balik rumah I pun banyak keta jugakkk… 😀
20 Januari 2010 pada 10:46 AM
Ye lorrr… dah tarik subsidi gula, naikkan cukai rokok, lepas ni tarik subsidi minyak lagi… takkan tak cukup-cukup kut?
20 Januari 2010 pada 11:58 AM
aku rasa pasal dateline negara malaysia dah dekat kot,skarang 2010 lagi 10 tahun je 2020…..
kena la kumpul duit……..
kang cakap lebih lebih kang kena frame pulak…..
20 Januari 2010 pada 8:58 PM
Fenomena yang aku jangka akan berlaku — negara akan kaya raya manakala rakyat marhain terus papa kedana. Rakyat tak dapat nikmat barang secebis pun hasil kekayaan negara… adoi laaa…
21 Januari 2010 pada 1:12 PM
tak tau la kot tapi takkan la kejam sangat PM kita tu….
kalu kejam sangat gunakan la medan pilihanraya dengan berkesan….
21 Januari 2010 pada 3:11 PM
Ni dari kertas kerja Ku Li hari tu. Dari kertas kerja tu dan juga perkembangan tentang cadangan rang undang-undang kerja sambilan, memang nampak natijahnya arah ke situ.