Tak mungkin
ada ruang dalam hati
untuk kuhampar kesumat benci
Tak mungkin
ada api yang menyala
untuk kubakar marah membara
Dan tak mungkin
malaikat dan syaitan bersekutu
kerana kesumat kan jadi dendam
hingga meletus api yang terpendam
tidakkah kau faham?
Sungguh!
Yang api itu aku
yang cahaya itu dia
yang neraka itu aku
yang syurga itu dia
mana mungkin bersama?
This entry was posted on 20 Januari 2010 at 11:06 PM and is filed under Puisi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
21 Januari 2010 pada 8:01 AM
darjat “dia” terlalu tinggi….
21 Januari 2010 pada 9:53 AM
Kekadang darjat ni sendiri letak… tu dinamakan “perasan”… eheks…
21 Januari 2010 pada 11:12 AM
Mujur ada gak rasa sedar diri…:D
21 Januari 2010 pada 11:25 AM
Yup… that’s one of the messages I intended to convey.