Arkib untuk 28 Januari 2010

Kenangan

Posted in Nostalgia, Puisi on 28 Januari 2010 by Najwa Aiman

Dalam setiap langkah
sarat dengan kenangan
dalam setiap pandang
nampak keindahan
dalam setiap tutur
terdengar pujuk rayu
dalam setiap kata
terungkap nada cinta

Lalu ini semua
terkandungkah sebarang makna
atau sekadar si buta
meraba-raba dalam gelita?

Kita Serupa…

Posted in Islam on 28 Januari 2010 by Najwa Aiman

Ustazah aku masa Form 3 dulu kata Islam mengharamkan kita mengumpat orang yang masih hidup dan juga mencerca orang yang telah meninggal dunia atau dalam istilah saintifiknya ‘mencerca mayat’. Maknanya kita tak boleh bercerita tentang keburukan orang tanpa kehadiran orang tu di depan kita. Kalau cerita kebaikan tak apa.

Jadi apa beza antara umpat dan fitnah? Pada fahaman aku yang selalu salah faham ni, umpat ialah kisah benar tentang keburukan orang yang diceritakan di belakangnya. Fitnah pula ialah kisah rekaan tentang keburukan orang tak kiralah sama ada diceritakan di depannya atau di belakangnya. Maknanya fitnah ialah subset bohong. Betul kan?

DYMM Almarhum Sultan Iskandar Johor ialah seorang manusia biasa. Sebagai manusia memang le membuat kesilapan. Sekarang baginda sudah mangkat. Sudah jadi mayat. Tak usahlah bercerita tentang kesilapan baginda. Cari ajalah yang baik-baik untuk dibuat teladan. Baginda pun tak mampu nak mempertahankan diri lagi. Kita pun nanti akan jadi mayat juga. Akan ada orang yang masih hidup bercerita tentang kita sama ada kita mahu atau tak, suka atau tak. Kita semua sama aje. Kita serupa. Hadirku untuk mengubat lukaaaa… ooo… Kita serupa… Kita serupa… Walaupun aku pernah dikecewaaaa…

Al-Fatihah untuk Allahyarham Sultan Iskandar…

Mewah vs Selesa

Posted in Ekonomi, Kapitalis, Sosial on 28 Januari 2010 by Najwa Aiman

Hidup perlu mewah atau selesa? Untuk selesa, perlu mewah tak? Kalau mewah, gerenti selesa tak? So, “hidup selesa” tu macam mana sebenarnya ek?

Mengikut pendapat aku yang berpendapatan rendah ni, “hidup selesa” ialah cukup makan minum, cukup pakai, ada tempat tinggal dan mampu mengadakan keperluan asas hidup seperti pelajaran, kenderaan, komunikasi dan utiliti tanpa perlu berhutang.

Setuju?

Untuk Sihat Pun Perlu Duit

Posted in Gomen, Perubatan on 28 Januari 2010 by Najwa Aiman

Zaman aku baru baligh dulu, aku bercita-cita nak jadi neurologist. Ya! Betul! Tak tipu! Tak tau kenapa aku berminat sangat tentang wiring anatomi manusia ni. Neurologist ni cara kerjanya macam extreme opposite dengan orthopaedist kan? Anyways, ada cadangan baru untuk syarat wajib khidmat doktor di Malaysia ek—

Lanjutkan tempoh khidmat wajib doktor
PUTRAJAYA – Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjutkan sehingga lima atau 10 tahun berbanding tiga tahun pada masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital-hospital kerajaan yang berlaku saban tahun.

Pada tahun lalu, katanya, negara menghadapi masalah kekurangan doktor sebanyak 5,000 orang…(baca habis)

Jadi doktor memang boleh kaya-raya-gaya-gila, lagi-lagi kalau doktor pakar. Kalau sanggup habiskan sekurang-kurangnya tujuh tahun sebagai student, boleh cuba jadi doktor. Aku tahu sorang doktor pakar yang pendapatan paling ciput dia dalam sehari ialah RM8,000.00. Tu paling ciput. But of course, dia practise dengan swasta. Tak makan gaji.

Doktor tak mahu berkhidmat dengan kerajaan sebab kat luar sana lubuk emasnya lebih besar. (Ya, memang kita masyarakat materialistik. Kerajaan memang dah pupuk semangat mengejar kekayaan ni sejak dulu). Berlainan seperti di United Kingdom, doktor yang bekerja dengan kerajaan pun boleh hidup selesa dan mewah. Dia orang ada sistem insentif yang dibayar kerajaan. Aku tak tahu sangat detail, tapi lebih kurang komisyen la. Lebih ramai pesakit yang dia rawat, lebih banyak insentif atau komisyen yang dia dapat. Dah tentu le komisyen tu bukan setakat boleh lepas bayar hutang PTPTN je. Dengan duit komisyen tu, kalau depa nak beli PTPTN pun boleh beb!

Rasa-rasanya kalau nak doktor kita suka berkhidmat dengan kerajaan, kita kena buat apa ek? Pendapat aku le… pendapat aku yang tak belajar kat universiti sampai tujuh tahun ni, ialah kita kena kembali kepada hidup selesa dan bukan hidup mewah. Bukan untuk doktor je, tapi untuk semua. Kau orang tak setuju kan? Kan?