Kita Serupa…

Ustazah aku masa Form 3 dulu kata Islam mengharamkan kita mengumpat orang yang masih hidup dan juga mencerca orang yang telah meninggal dunia atau dalam istilah saintifiknya ‘mencerca mayat’. Maknanya kita tak boleh bercerita tentang keburukan orang tanpa kehadiran orang tu di depan kita. Kalau cerita kebaikan tak apa.

Jadi apa beza antara umpat dan fitnah? Pada fahaman aku yang selalu salah faham ni, umpat ialah kisah benar tentang keburukan orang yang diceritakan di belakangnya. Fitnah pula ialah kisah rekaan tentang keburukan orang tak kiralah sama ada diceritakan di depannya atau di belakangnya. Maknanya fitnah ialah subset bohong. Betul kan?

DYMM Almarhum Sultan Iskandar Johor ialah seorang manusia biasa. Sebagai manusia memang le membuat kesilapan. Sekarang baginda sudah mangkat. Sudah jadi mayat. Tak usahlah bercerita tentang kesilapan baginda. Cari ajalah yang baik-baik untuk dibuat teladan. Baginda pun tak mampu nak mempertahankan diri lagi. Kita pun nanti akan jadi mayat juga. Akan ada orang yang masih hidup bercerita tentang kita sama ada kita mahu atau tak, suka atau tak. Kita semua sama aje. Kita serupa. Hadirku untuk mengubat lukaaaa… ooo… Kita serupa… Kita serupa… Walaupun aku pernah dikecewaaaa…

Al-Fatihah untuk Allahyarham Sultan Iskandar…

Advertisements

10 Respons to “Kita Serupa…”

  1. BRO, U rasa apa yang disebut tu berapa persen kebenarannya? Ahaks!
    (tak yah jaawab sini lah… kang kita berdua lak kene tangkap)

    Apapun, memang tidak wajar bercerita buruk pasal orang lain… dia hidup pun mana leh kita fitnah.. apalagi dah takde sebab cemana kita nak minta maaf dari dia beb?

  2. al fatihah buat baginda… kan elok macam tu… sedekah buat yang telah pergi…

  3. kalu orang kutuk almarhum,bagi gua senang je jawapan…

    almarhum pergi senang,hari jumaat….

    • Yang mengutuk kebanyakannya dari golongan non-muslim (rujuk Facebook… melambak…) Understandable le sebab depa tak mau sistem sultan. Aku pun pernah rasa sistem sultan ni mengarut zaman aku liar seks dulu, tapi masa tu aku kat luar negara laaaa… so mulut jauh lebih celupar… ekekekekekekeke…

  4. Liar seks tu anjuran parti seks ker? hehe

  5. Secara umumnya warga Johor, terutamanya golongan tua sayang pada Almarhum. Maka kemangkatan Almarhum meninggalkan berbagai kesan pada setiap lapisan rakyat. Bagi warga Johor hari ni ialah hari terakhir untuk brkabung. Lelaki islam hendaklah memakai songkok yang dililit dengan kain putih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: