Untuk Sihat Pun Perlu Duit

Zaman aku baru baligh dulu, aku bercita-cita nak jadi neurologist. Ya! Betul! Tak tipu! Tak tau kenapa aku berminat sangat tentang wiring anatomi manusia ni. Neurologist ni cara kerjanya macam extreme opposite dengan orthopaedist kan? Anyways, ada cadangan baru untuk syarat wajib khidmat doktor di Malaysia ek—

Lanjutkan tempoh khidmat wajib doktor
PUTRAJAYA – Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjutkan sehingga lima atau 10 tahun berbanding tiga tahun pada masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital-hospital kerajaan yang berlaku saban tahun.

Pada tahun lalu, katanya, negara menghadapi masalah kekurangan doktor sebanyak 5,000 orang…(baca habis)

Jadi doktor memang boleh kaya-raya-gaya-gila, lagi-lagi kalau doktor pakar. Kalau sanggup habiskan sekurang-kurangnya tujuh tahun sebagai student, boleh cuba jadi doktor. Aku tahu sorang doktor pakar yang pendapatan paling ciput dia dalam sehari ialah RM8,000.00. Tu paling ciput. But of course, dia practise dengan swasta. Tak makan gaji.

Doktor tak mahu berkhidmat dengan kerajaan sebab kat luar sana lubuk emasnya lebih besar. (Ya, memang kita masyarakat materialistik. Kerajaan memang dah pupuk semangat mengejar kekayaan ni sejak dulu). Berlainan seperti di United Kingdom, doktor yang bekerja dengan kerajaan pun boleh hidup selesa dan mewah. Dia orang ada sistem insentif yang dibayar kerajaan. Aku tak tahu sangat detail, tapi lebih kurang komisyen la. Lebih ramai pesakit yang dia rawat, lebih banyak insentif atau komisyen yang dia dapat. Dah tentu le komisyen tu bukan setakat boleh lepas bayar hutang PTPTN je. Dengan duit komisyen tu, kalau depa nak beli PTPTN pun boleh beb!

Rasa-rasanya kalau nak doktor kita suka berkhidmat dengan kerajaan, kita kena buat apa ek? Pendapat aku le… pendapat aku yang tak belajar kat universiti sampai tujuh tahun ni, ialah kita kena kembali kepada hidup selesa dan bukan hidup mewah. Bukan untuk doktor je, tapi untuk semua. Kau orang tak setuju kan? Kan?

Advertisements

6 Respons to “Untuk Sihat Pun Perlu Duit”

  1. Setuju BRO.. kalu nak selesa biar sama-sama selesa. Setakat pulihkan pesakit sehari dua, pastu balik rumah.. minggu depan orang tu masuk wad balik… apa makna selesa?

    Sorang kawan I doktor pakar, tiap tahun bila takda orang booking dia, melancung jer kejenya.. maklum duit tak luak-luak..

    sekali orang booking dah berapa wehhhhh….

  2. Hehehe… he is a brain surgeon BRO…

  3. ramai ape doktor kat institut serenti….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: