Arkib untuk 1 Februari 2010

Yang Lama Dirancang

Posted in Famili, Nostalgia on 1 Februari 2010 by Najwa Aiman

Dating laaa… lama dah fikir. Ofkoz takkan sama dengan dating zaman memula dulu. Dulu ghairah besar… ekekekekek… aiyaaarrrkkk…!

Anyways… planning yang dah lama rancang ni masih perlu sikit touch up sana sini. Hopefully menjadi sempena bedey dia nanti… insyaAllah… Syyyttt…! Jangan habaq kat dia! Ni surprise tau!

Putera dan Puteri kena behave hari tu. Dok rumah diam-diam. Beta dan Permaisuri nak bercanda… hehehehehehe… hehehehehehehe… hehehehehehehe…

Panjat Memanjat Membawa Bahagia

Posted in Nostalgia on 1 Februari 2010 by Najwa Aiman

Kereta dulu-dulu lebih kuat dan tegap daripada kereta zaman sekarang kan? Body kereta sekarang, walaupun masih besi, tapi lebih ringan dan lebih… apa ya… lembut? Kereta zaman dulu kalau langgar pokok, boleh tumbang pokok tu. Tujuh keturunan pokok tu takkan tumbuh kat situ lagi. Kemungkinan pemandu dan penumpang dalam kereta sempat buat keturunan tak tahu le pulok.

Kereta zaman sekarang kalau langgar pokok, memang ranap le kereta tu. Yet again, kebarangkalian pemandu dan penumpang boleh membiakkan keturunan masih tak sure.

Sebab tu hobi aku dulu ialah panjat kereta… ekekekekeke… Kereta Ayahanda, kereta Tok, kereta sesiapa je laaa… Nak panjat pokok susah sikit sebab kawasan rumah aku tak banyak pokok. Cuma ada pokok rambutan gading je depan rumah.

Sekarang sebab aku dah besar panjang, dah serabai atas bawah, dan kereta pun dah berbadan lembut, maka aku tak boleh panjat kereta lagi. Eloklah aku panjat spesis yang memang bertubuh badan lembut. Sekarang aku panjat perempuan jek… eheks. Errr… nak join? Jom!

p/s: Bukan setakat kereta bermotor yang lembut, malah kereta bebudak pun lembut sekarang. Dulu kereta kayuh yang aku naik tu diperbuat daripada besi tau. Boleh karat-karat. Sekarang semua plastik! Cet…! Plastik sungguh…!

Dulu Semuanya Berani

Posted in Nostalgia on 1 Februari 2010 by Najwa Aiman

Kalau kau orang bukan jenis arwah Steve Irvin, berapa hampir kau orang boleh pergi tengok harimau atau beruang? kat Zoo Negara pun jauh kan? Kita kat atas, rimau dan beruang kat bawah sana.

Masa aku belum baligh dulu, aku boleh berdiri sebelah beruang dan rimau tau! Tak percaya pulok… kau orang jelous le tu sebab kau orang tak macho macam aku. In fact, time aku belum baligh tu, nak sentuh beruang dan rimau pun boleh sebenarnya.

Dan yes, gambar-gambar ni bukan superimpose. Ni gambar diambil live dengan menggunakan kamera hitam putih zaman tu, di Zoo Negara.

Dan ya, yang tu aku. Dan ya, aku tau, aku memang comel sejak dulu sampai sekarang… ehem…