Guna Emel Lebih “Selamat”

Masih ada lagi ke program pidato dan bahas kat sekolah-sekolah sekarang ni? Mesti ada, kan? Zaman baru baligh dulu aku selalu dapat peluang jalan-jalan kat asrama dan kolej orang lain ikut rombongan bahas. Best! Dapat kenal ramai awek dari serata negeri beb! Sekali tu dapat kenal awek dari MRSM Muar. Perghhh…! Nama bapak dia sama macam nama aku tapi ejaan je berbeza. Nama bapak dia tak ada huruf “D”. Tapi nama dia ada huruf “D”. Ada “ADZ”. Dan wajahnya… wow! Dia baru Form 1 masa tu.

At the same time, aku dapat kenal sama awek Form 3 juga dari MRSM yang sama. Sekali gua pasang dua dari MRSM tu laaa…! Ekekekekeke… Bahagia! Bahagia! Apa lagi… bila kembali ke MRSM aku, utus-utus surat le. Zaman tu mana ada internet daaa… Masing-masing berbalas beb! Sehinggalah pada suatu hari yang malang aku screwed up brutal punya. Aku hantar surat kat depa berdua, tapi sudah silap sampul! Brengsek! Seminggu lebih lepas tu dapat balasan daripada si “ADZ”. Dia bagi tau aku yang surat kepada budak Form 3 tu sampai kat dia. Dia dah tolong hantarkan kat budak tu. Depa bertukar surat yang tersilap sampul tu. Botol kicap betul le aku ni… Bongok! Bongok! Bongok! Kalau guna emel, dah tentu boleh elak insiden tragis ni. Boleh hantar serentak guna BCC… adoi laaa…

Sampai situ aje le hubungan kami bertiga. Kali terakhir dalam tahun 2008 aku dapat tau si “ADZ” tu sekarang sedang belajar lagi kat Scotland. Dr. “ADZ” dia sekarang. Balik le ke Malaysia cepat dik! Nanti aku cari penyakit suruh kau rawatkan ek… please…

Advertisements

14 Respons to “Guna Emel Lebih “Selamat””

  1. tetiba banyak post pasal kenangan silam beserta gambar, baru beli scanner ke bang?

  2. ekeke….aku pun ada citer pasal surat menyurat ni. masa tu aku baru abis spm. sementara nak tunggu result aku kerja sebagai salesman kat bandar melaka. ‘awek’ aku masa tu budak kedah, so kami selalulah berutus surat. selalunya dalam surat dia ada tulis time dia start tulis (kat atas) dan time abis tulis (kat bawah sekali). ada satu kali tu aku pun follow style dia. jadi aku tulislah time aku start menulis. masa aku tulis tu aku terlelap kejap. bila sedar je aku sambung tulis balik. surat aku tu cuma satu page kertas kajang je. bila dah abis tulis aku pun tulislah time aku abis tulis. dlm seminggu lepas tu dia balas balik surat aku. dalam surat dia tu dia tanya aku apsal tulis lama2 tapi ada satu page je…ekeke. lepas kuar result kami lost contact. taun lepas kami dapat contact semula.

  3. hahahaha ini bukan botol kicap lagi bro, botol budu beb!

  4. itulah balasan si nafsu kuda…

    • Ello…! Tolong sikit! Masa tu baru nafsu dolphin je tau! BTW kau orang tau tak bahawasanya dalam dunia haiwan, hanya manusia dan dolphin saja yang dapat merasai nikmat seks?

  5. Kah kah kah memang orang lelaki tak berapa bijak ler bab tulis surat ni… cuai yang memakan diri.. hahahaha… tapi tu masa muda, kan? Sekarang mesti dah bijak bijak belaka..

    Mr SAM… kalu U salah tulis tahun lagi parah… silap2 setahun baru siap 1 page.. Parah..

    Btw.. aku suka tulis surat guna page dari buku Matematik.. ada kotak-kotak. Unik beb!.. hahaha…

    Tu pasal pakwe aku kata aku biol…:D ntah mana ler dia skanggg… huhuhuhu

    • Hobi lu suka isi borang ek? Tulis surat pakai page buku latihan matematik tu isi satu huruf dalam satu kotak ek? Zaman tu mesti tak ada komputer lagi kan? Jenuh la pulok pakwe kena baca surat tu menggunakan interpretasi abjad secara manual. Kalau zaman sekarang ni boleh terus masuk dalam O***… apa ek nama mesin tu? Start dengan “O”. Alah mesin tu le… ekekekekeke…

      Walaweh! Sekarang lepas type guna Microsoft Word masih guna kertas buku latihan matematik ke bila nak print?

      • Yang peliknya, wpun guna page Maths yg kotak-kotak, I tak tulis satu abjad 1 kotak.. tapi tulis macam biasa jer… still boleh baca lerrr..

        Sekarang ni dah malas taip… tapi sekala ada jugak ler tulis untuk suami.. tulis email…

        huh.. nak buat 1 para pun makan sejam… mujur tak perlu print.. heheheh..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: