Kita Belajar Apa Yang Kita Belajar

Dalam MyMetro hari ni ada kisah ni—

Cinta orang tua
Oleh Mary Victoria Dass
2010/02/03 JOHOR BAHRU: Meskipun usianya menjangkau 50-an, seorang lelaki kelihatan seperti hero Melayu pada pandangan gadis remaja hingga sanggup menjalin hubungan percintaan, gara-gara menggunakan sejenis ilmu hitam…

…Bapa gadis yang akan mencapai usia 16 tahun pada November ini, Tarmedi Jamaluddin, 42, berkata keluarganya khuatir nasib anaknya yang taksub dengan hubungan percintaan dengan pemandu jentera berat itu hingga mengambil keputusan berjauhan dengan keluarga sejak 18 Disember lalu… (baca penuh)

Peristiwa macam ni memang menakutkan aku, sebab aku pun ada Puteri. Mohon pada Allah SWT agar jangan ditimpakan aku dengan ujian serupa ni…

Nurul (nama gadis tu) ni baru nak mencapai usia 16 tahun. Peminat Siti Nurhaliza ke dia ni? Anyways, laporan juga menyebut Tarmedi (bapa Nurul) dapat SMS daripada nombor tak dikenali memberitahu yang hero Melayu berumur 50 tahun lebih tu akan berkahwin dengan Nurul nanti. Hero Melayu tu nak panggil bapa Nurul yang berumur 42 tahun tu haper? Ayah? Dia orang nak kahwin tu guna wali apa? Kompem kahwin sindiket luar negara tu nanti… adoi laaa… 

Dan kisah gadis bahkan wanita matang kita kahwin lari ikut boipren di luar sana dah banyak dalam akhbar, dalam TV, dalam internet, dalam emel. Dan yang boleh ambil iktibar hanya kita sendiri.

Advertisements

12 Respons to “Kita Belajar Apa Yang Kita Belajar”

  1. Lelaki itu orang Lombok kah? Selain Lombokian, warga mana yang dilihat sangat hebat? Selain Melayu yang memang sejak dulu kala memang dah hebat…

  2. Melarikan atau rela lari bersama?

    2 keadaan yang berbeza tapi tetap juga cabut lari.. Mintak ler generasi kita tak taksub dengan pujuk rayu ayat yg mencairkan..

    lagipun, nak lari tu pun perlu banyak duit gak tuh, kan?

    • Setuju. Tapi biasanya kes bini orang melarikan diri bersama Bangla, Bangla tu tak perlu duit. Bini orang tu yang sponsor semua. Elok le pun bini jenis camtu lari ikut Bangla. Aman damai suami dia… ekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!

  3. gua dah mula naik risau… macam2 boleh jadi…

    • Kita berdua ada puteri yang perlu perhatian lebih bro. Bekas member ofis wa ada sorang je anak. Perempuan. Dah masuk universiti. Bebaru ni jumpa member wa tu. Tanya khabar. Dia kata kekadang dia lebih rela balik kampung jaga tiga kandang penuh kambing daripada nak jaga yang sorang tu je.

      Yup… aku memang seriously risau…

      • I nak kongsi kisah kawan ofis I gak… dia anak sorang jer anak pompuan.. Tunggal lak tu, dan depa memang berada jugak, means banyak duit lalu juga buzy la..

        takda banyak masa nak tengok anak yang kat kampus… Baru tahun pertama… Anak dia dah skandal dgn suami orang, dan kahwin di sempadan. Kawan I dapat tahu pun dari kawan2 kampus sbb anak dia lama tak balik. 4 bulan lepas depa kahwin baru dia dapat tahu..

        U bayangkan? Study kandas, jadi madu pulak. Kahwin suami orang yg DAH ada anak 6 orang masa tu..

        Sekarang? Tak pasal2 kawan I dapat cucu dah 4 orang.. anak dok rumah jaga anak sendiri dan anak tiri..

        Inilah satu-satunya KISAH yang I tak leh lupa sehingga hari ini.. cukup buat PENGAJARAN…

  4. dugaan banyak sekarang nih…

    tak tau la macam mana nak hadapi tahun tahun mendatang…

    tawakal je la….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: