Arkib untuk 4 Februari 2010

Cinta Biar Global

Posted in Bahasa, Politik, Semasa, Undang-undang on 4 Februari 2010 by Najwa Aiman

Akhbar Kosmo! melaporkan tentang perbicaraan kes liwat DS Anwar Ibrahim ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bekas Special Assistant DSAI. Tersentak bulu ari-ari aku baca petikan laporan tu, semasa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menyoal Saiful—

Yusof: Apa yang kamu nampak? (setelah Saiful tiba dan masuk ke Kondominium Desa Damansara pada pagi 26 Jun 2008)

Saiful: Saya melihat Anwar duduk di meja makan. Saya masuk dan duduk di hadapannya sebelum serahkan dokumen.

Yusof: Kemudian?

Saiful: Kami bincang tentang jadual kerja tapi tak lama selepas itu Anwar tanya satu soalan dalam Bahasa Inggeris: “Can I **** you today?”

Betullah! Baru aku tersedar. Tu yang tersentak semua bulu tu! Kenapa kalau bicara soal seks, tetiba lidah ni speaking London? Aku camtu laaa… bila masuk hal seks je, tetiba tak pakai dah perkataan “tegang” ke, “berahi” ke, “bersetubuh” ke… Alih-alih dia auto-translate jadi “stim”, “horny” dan “make love”.

Hal bercinta pun camtu gak tau. Tetiba je lebih selesa bicara speaking London bila nak luahkan hal-hal perasaan dan emosi yang membuak-buak ni. “Aku memang cinta teramat pada kau” takkan keluar bila nak diungkap mahupun ditulis. Yang keluar ialah “I do love you so much.”. Pejuang bahasa Melayu pun macam tu ek?

Is it just me or does this happen to all of us? And no, I am definitely not in love with nor feeling horny at you all despite my writing these two sentences in English! Apa pasal pula aku nak stim dengan kau orang! Cet!

Dengar Betul-Betul

Posted in Famili on 4 Februari 2010 by Najwa Aiman

Petang semalam dari tingkap pejabat aku tak nampak jalan raya enam lorong tu sebab sesak dengan kereta yang merangkak-rangkak. Belum pernah lagi jadi macam tu sebelum ni. So aku lepak kat restoran depan ofis dengan member-member. Bingit gamat restoran tu petang-petang. Agaknya sebab pekerja-pekerja ofis sekitar lepak dengan member ofis memasing sambil meluahkan perasaan memaki hamun bos memasing setelah seharian buat kerja bos… eheks…

Permaisuri aku telefon masa tu. Tak berapa jelas kata-kata dia sebab suasana restoran yang bingit. Tapi nada suara dia tergesa-gesa sangat.

“Bang, cepat balik! Tak ada elektrik!” dan lepas tu talian dimatikan. Aik? Ada kecemasan ke? Rumah black out pula? Aiseymen… Aku hirup habis teh halia tu. Pergi kaunter untuk bayar. Lepas tu naik ke ofis nak packing. Sambil-sambil tu aku telefon Permaisuri aku semula. Suruh cepat balik? Tak ada elektrik?

Permaisuri aku gelak manja ayu je bila aku tanya dia. Kelakar ke?

“Bukanlah!” katanya. “Orang kata ‘call balik! Tak ada kredit!’

Astaga wa esta bagadud… Buat cemas je. Balik nanti aku nak isikan kredit henpon dia seratus ringgit. Isy isy isy…