Dengar Betul-Betul

Petang semalam dari tingkap pejabat aku tak nampak jalan raya enam lorong tu sebab sesak dengan kereta yang merangkak-rangkak. Belum pernah lagi jadi macam tu sebelum ni. So aku lepak kat restoran depan ofis dengan member-member. Bingit gamat restoran tu petang-petang. Agaknya sebab pekerja-pekerja ofis sekitar lepak dengan member ofis memasing sambil meluahkan perasaan memaki hamun bos memasing setelah seharian buat kerja bos… eheks…

Permaisuri aku telefon masa tu. Tak berapa jelas kata-kata dia sebab suasana restoran yang bingit. Tapi nada suara dia tergesa-gesa sangat.

“Bang, cepat balik! Tak ada elektrik!” dan lepas tu talian dimatikan. Aik? Ada kecemasan ke? Rumah black out pula? Aiseymen… Aku hirup habis teh halia tu. Pergi kaunter untuk bayar. Lepas tu naik ke ofis nak packing. Sambil-sambil tu aku telefon Permaisuri aku semula. Suruh cepat balik? Tak ada elektrik?

Permaisuri aku gelak manja ayu je bila aku tanya dia. Kelakar ke?

“Bukanlah!” katanya. “Orang kata ‘call balik! Tak ada kredit!’

Astaga wa esta bagadud… Buat cemas je. Balik nanti aku nak isikan kredit henpon dia seratus ringgit. Isy isy isy…

Advertisements

12 Respons to “Dengar Betul-Betul”

  1. abis tu, lu balik atau sambung lepak balik?
    hahaha…

  2. kesudahan… lepak atau pulang.. ahaha JEM TUUU

  3. ‘abang lepas mandi nanti kita minum kat laman’. ‘haa apa, mata-mata datang bawak saman?’

  4. Hahahaha… Permaisurie ooooiii.. tu tandanya KING awak tu dah semakin ganyut, telinga dah ala-ala menuju ke-pekak-an…! hehehehe… gelak akuuu..

    wehhh.. sambung jer lepak sampai malam… pi kedai sebelah, topupkan sampai 100.. abih citer…

    tp jangan sampai dia call lagi sebut yg kredit baru tu pun dah abih jugak… Ahaks!

  5. pakai postpaid kan senang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: