Arkib untuk 7 Februari 2010

“Saya Tak Jual Belon”

Posted in Famili on 7 Februari 2010 by Najwa Aiman

Tadi beta ke Family Day Permaisuri bersama-sama Aiman, Najwa dan Azizy. Haziq kena dok kat rumah. Kecil sangat nak bagi adventurous kat situ. Nak masuk kawasan Family Day tu – which happens to be padang parkir kereta hospital – kena pakai tag kat tangan. Macam nak masuk taman tema tu la. Bezanya, tag yang depa bagi ni ialah tag pesakit inpatient hospital. Huh? Ekekekeke… Ekonomi atau kreatif beb?

Aku dah nampak ada orang jual belon kat situ. Kompem Puteri aku tu mesti suruh beli punyalah. Kalau dah beli untuk dia, maknanya kena beli untuk yang lain juga… aiyaaarrrkkk! Maka aku pun belilah empat. Dan seperti yang dijangka, aku terpaksa jadi tukang pegang belon tatkala depa semua sibuk pergi menggembirakan diri. Ciszzz…! Dalam masa aku tercegat dok pegang empat biji belon tu, dah dua orang datang kat aku bertanya “Berapa harga satu?” sambil terkial-kial seluk poket atau beg tangan nak cari duit.

“Saya tak jual belon,” aku jawab. “Sana jual,” dan aku tuding ke arah penjual belon sebenar. Walaweh! Fesyen aku ni memang ada talent jual belon ek? Gambir al-sekongkol wal-bakul! Cet!

Tengah hari, lepas dapat ambil makanan – nasi minyak – kita orang balik. Putera Puteri aku sibuk nak main lagi. Dah bagi tunggang anak kuda sampai dua kali pun nak main lagi. Dah! Cukup! Poket aku makin kering kalau makin lama kat sini. Haziq dok kat rumah tu menunggu belon dia. Jom balik!