“Saya Tak Jual Belon”

Tadi beta ke Family Day Permaisuri bersama-sama Aiman, Najwa dan Azizy. Haziq kena dok kat rumah. Kecil sangat nak bagi adventurous kat situ. Nak masuk kawasan Family Day tu – which happens to be padang parkir kereta hospital – kena pakai tag kat tangan. Macam nak masuk taman tema tu la. Bezanya, tag yang depa bagi ni ialah tag pesakit inpatient hospital. Huh? Ekekekeke… Ekonomi atau kreatif beb?

Aku dah nampak ada orang jual belon kat situ. Kompem Puteri aku tu mesti suruh beli punyalah. Kalau dah beli untuk dia, maknanya kena beli untuk yang lain juga… aiyaaarrrkkk! Maka aku pun belilah empat. Dan seperti yang dijangka, aku terpaksa jadi tukang pegang belon tatkala depa semua sibuk pergi menggembirakan diri. Ciszzz…! Dalam masa aku tercegat dok pegang empat biji belon tu, dah dua orang datang kat aku bertanya “Berapa harga satu?” sambil terkial-kial seluk poket atau beg tangan nak cari duit.

“Saya tak jual belon,” aku jawab. “Sana jual,” dan aku tuding ke arah penjual belon sebenar. Walaweh! Fesyen aku ni memang ada talent jual belon ek? Gambir al-sekongkol wal-bakul! Cet!

Tengah hari, lepas dapat ambil makanan – nasi minyak – kita orang balik. Putera Puteri aku sibuk nak main lagi. Dah bagi tunggang anak kuda sampai dua kali pun nak main lagi. Dah! Cukup! Poket aku makin kering kalau makin lama kat sini. Haziq dok kat rumah tu menunggu belon dia. Jom balik!

Advertisements

26 Respons to ““Saya Tak Jual Belon””

  1. Laa…awat ko tak jual double the price asal & beli yg baru for your kids…ekekek. Baru untung & pulang modal bro. Tang gambo ko tu, hmm…beg sandang, topi, belon yg banyak, spek itam …aku pun akan ingat ko tengah bisnes jual belon. Wakaka.

  2. Bapa Haziq suka belon juga kan? hehe

  3. memang bergaya beb… bergaya laksana penjual belon. kacip habis! kehkehkeh…

  4. uniform pon macam peniaga belon…….

    hahahahahahhaha

    mesti bebudak nak beli belon tu cakap dalam hati`ape la abang tu,mesti nak awek je yang beli baru dia jual’

  5. sapa punya belon? adzam belon yang punya!!

  6. sure ko tak dapat tekel awek hari tu..ekeke.
    kalau ada yg nak berkenan dgn ko pun cuma bibik je.

  7. elehhhh anak baru 4 dah kecoh tak larat…

    orang yang anak 6 ni steady jerrrrr…

    toy tak penah beli, reka sendiri jer kat rumah..

    cakap banyak, kasi jer periuk belanga sudu senduk buat main.. No belon-belon..!

    • Putera Puteri beta dapat toys in addition to periuk belanga, CD player, senduk, sudu, garpu, kengkadang pisau pun, sayur-sayuran, kulit karipap, kulit popia, stereng kereta, kolah bilik air, ikan dalam akuarium… bla bla bla… pening! Pening!

  8. ini cerita tentang anak jiran lama gua…

    ntah mana dia dapat mak dia punya pad(yang belum dipakai),dia pakai buat topeng mulut.tanya kenapa dia kata nak jadi doktor…

    • Anak jiran lu tu lelaki ke pompan? Kalau lelaki, memang handal cunnilingus bila dah baligh nanti… hmmm… Kalau perempuan… errr… errr… hmmm… Merana lagilah kaum jantan sebab kurang lagi satu calon… adoi laaa…

  9. dia seorang lelaki bro…..ya tuhan ku jauhkan lah ia dari maksiat ia masih lagi kain putih

  10. ahhaha… belon belon…

  11. Salam, boleh saya tahu siapa yang provide tag inpatient hospital tu? Pihak taman tema ke pihak hospital?

  12. I see. Boleh saya tahu hospital mana tu? Tujuan saya tanya sebab saya nak gunakan tag hospital tu untuk program saya. Tu yang tengah cari siapa yang boleh provide more info.

    Terima kasih! Saya tunggu balasan saudara/i.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: