Arkib untuk 9 Februari 2010

Apa Ada Pada Nama Bangsa?

Posted in Bebel, Etnik, Islam, Santap on 9 Februari 2010 by Najwa Aiman

“Pork free” belum tentu halal le beb. Ayam tu sembelih ke atau gantung punya? Lembu tu? Kambing tu? Wujudnya Melayu sebagai pelanggan yang makan di restoran tu bukan jaminan makanan kat restoran tu halal. Pekerja wanita kat restoran tu bertudung atau pekerja lelakinya berkopiah atau songkok pun bukan jaminan halal.

Nama pun bukan penentu agama kan? Tariq Aziz menteri di Iraq dulu Kristian. Sebelum Sayidina Umar al-Khattab jadi Muslim, namanya Umar juga. Dan kalau Lim Kit Siang masuk Islam, dia tak nak tukar nama pun tak apa.

Dan Melayu bukanlah bangsa Muslim. Sebagaimana Arab pun bukan bangsa Muslim. There is no such thing as bangsa Muslim. Hebat apa sangatlah kalau setakat boleh makan sambal belacan. Setakat ada menara berkembar. Setakat pernah menguasai Selat Melaka. Setakat harta berkoyan menggunung. Setakat besar pengaruh di dunia. Setakat kuasa politik tergenggam di tangan. Bukan ke Firaun dan Qarun pun dulu begitu juga?

Dan kita semua menuju destinasi yang sama akhirnya…

Berapa…?

Posted in Bencana, Bodoh on 9 Februari 2010 by Najwa Aiman

Berapa bayaran minimum kau orang sanggup terima untuk bergambar telanjang? Jeng jeng jeng… eheks…!

Entah ek? Tapi aku rasa gini kut — kalau orang Belanda sanggup terima RM1 juta, maka bagi orang yang budayanya tak menerima telanjang sebagai perkara biasa mungkin perlu dibayar 10 kali ganda.

Sepuluh tahun dulu Muslim lelaki yang tak solat pun agaknya akan meludah bila seorang lelaki lain ajak bersetubuh. Sekarang, kalau lelaki lain tak ajak, dia sendiri pula yang minta.

Masih leka?

1DUNIA

Posted in Bencana, Etnik, Islam, Politik on 9 Februari 2010 by Najwa Aiman

Kita tertinggal satu faktor penting dalam penerapan integrasi nasional di bawah konsep 1Malaysia. Bahawasanya memang apa saja boleh diintegrasikan — bahasa, budaya, adat resam, tradisi, bla bla bla… KECUALI Islam. Tiada kompromi dalam pegangan Islam. Yang ni yang kita lupa. Maklumlah… konsep yang jauh lebih awal yakni 1Dunia dah diperkenalkan lebih 1,400 tahun dulu kan… Bukan ke? Ke?