Bai Roti

Zaman belum baligh dulu, setiap malam Bai Roti akan lalu dan berhenti depan rumah dengan basikal tuanya. Menjerit-jerit bunyi hon angin pot-pot menandakan dia dah tiba. Kat belakang basikal tua dia ada tabung bulat sebesar tangki air dengan penutup berbentuk kon. Amat lama dan kusamnya tabung tu sampai tak boleh nak kenal lagi warnanya.

Bila aku dan Yah keluar nak membeli roti, Bai Roti yang janggut panjangnya dah putih tu akan sentiasa senyum girang. Ceria dan gembira wajah terpancar di bawah sinaran lampu jalan. Hinggap sikit bahagianya kepada sesiapa saja yang nampak senyuman dia tu.

“Assalaamu’alaikum,” dia akan menyapa dulu. Lepas tu dia membongkok pandang aku. “Apa kabar adik kici…? Hari ni mau beli roti gula ka? Roti krim ka? Roti kismis ka?”

Bila dia kembali berdiri, tangan dia dah pun membuka penutup tabung roti besar di belakang basikal. Mula-mula dia akan keluarkan chopping board kayu buat tapak memotong roti dengan sebilah pisau pemotong roti yang nipis tapi panjang. Kemudian dikeluarkan pula sebuku roti Benggali yang belum dihiris. Kat atas chopping board kayu tadi sebuku roti tu dipotong dengan cekap dan kemas. Masuk semula ke dalam plastiknya, diikat dan diserahkan kepada Yah yang dok sibuk membelek-belek roti-roti berperisa yang bergantung-gantung keliling basikal tua Bai Roti.

Bai Roti sentiasa pakai kurta setiap hari. Setiap hari solat Jumaat kat masjid pun aku tengok dia pakai kurta. Dia naik basikal tua yang sama. Bezanya tak ada roti berperisa yang bergantungan keliling basikal. Agaknya tabung roti besar kat belakang basikal tu pun kosong masa dia pergi solat Jumaat tu kut?


Seingat aku Bai Roti berkhidmat menjual roti kepada kami sekeluarga bertahun-tahun lamanya. Tapi aku tak ingat sejak bila kelibat Bai Roti dah tak lagi kelihatan. Aku tak tahu apa dah jadi pada Bai Roti. Aku tak sure sama ada dia warga Malaysia atau bukan. Aku tak tau dia hidup lagi atau tak. Tapi aku memang suka banget pada dia yang peramah dan sentiasa senyum ceria sama ada masa jual roti pada waktu malam mahupun bila terserempak di masjid pada hari Jumaat.

Barangkali dia ada anak dara juga yang mungkin sebaya atau lebih muda daripada aku. Kenapalah aku belum baligh dan kecil comel sangat masa kenal dia dulu…

Advertisements

22 Respons to “Bai Roti”

  1. kalau bai roti tu still ada mesti dia akan still pangil ko ‘adik kecik’..ekeke.

  2. sekarang beli roti kat 7-eleven je lah…

  3. Betullah, BHAI ROTI ni memang popular tau, sbb tiap hari tiap malam datang hantar roti. Sangat penting depa ni, sbb terdesak nak sarapan esok pagi, malas masak, tunggu jer dia mari..

    hmmm tingin nak jadi menantu Bhai Roti nampakkk….?

  4. sekarang da xde sangat da orang jual roti dari umah ke umah… beli kat 7E jek…yang best, roti panjang…hehehe…bhai roti datang, 3 bijik rumah punya penghuni keluar nak beli…no wonder zaman sekarang orang x kenal jiran…hurmm…banyak effect bhai roti nih…hehehe..

  5. kalu dulu kecik kecik gua tunggu bai roti pasal nak beli jajan…

    selalu dia sampai area rumah aku kul 6petang time tu gua dan rakan rakan semua dah comel lepas mandi.ingat lagi kenangan dapat jajan memasing semua tesenyum senyum gembira siap mata bercahaya .

    dayah dah gemuk,nana dah kawen…..

    • Ekekekekekekeke… Dayah gemuk sebab banyak makan jajan ke? Kawasan kejiranan aku masa belum baligh dulu tak ada gadis-gadis sebaya… adoi laaa… Yang ada pun waktu sianghari sebab jiran sebelah dulu memang jaga anak orang waktu siang hari. Macam baby sitter part time laaa… Rindu le pulok kat Diana dan Nita… Dan Intan yang tua setahun daripada aku tu sekarang macam mana ek agaknya dia? Hmmm… Dah berat kut?

  6. awek beli roti sosej, dia makan roti dulu ke atau makan sosej dulu? wahahahahaa….

  7. dia gigit tapi mcm nak xnak jek…sambil mata pejam….wahahaha….

  8. itu namanya gelojoh….hehehehe…

  9. Masa wa kecik2 pun ada satu benggali roti tapi mula2 dia tak naik beskal, dia junjung bakul roti hijau tu… later baru naik beskal… nama dia Haji Juman. Kalau ambil roti hutang (maybe sebab takde duit kecik or memang nak bayar bulan2), dia akan tulis kat dinding luar rumah (rumah kayu, cat kapur), sekali tu uncle aku , cat rumah masa nak raya, habis tercover list hutang Pak Haji Juman… heheheheh….. tapi lepas tu Tok aku bayar jer ikut congak2 yang Haji Juman sendiri buat… after that takde dah tulis kat dinding….

    • Tulis kat dinding? Hmmm… Kalau Hj Juman supply kat organisasi swasta atau kerajaan, tak pasal-pasal hasil jualan roti dia tu kena bayar saman kat majlis bandaran… eheks…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: