Harimau Tidur Laaa…

Yes, we were there. At Zoo Negara. Aku pun tak ingat bila kali terakhir ke sana tapi memang ada transformasi. Tak banyak, tapi okey la. Aku suka!

Kali ni berjaya dapat parking dengan mudah sebab, di luar jangkaan, kenderaan tak sesak pun (yup Pye, you were right. We reached there at almost 10:30 AM but on our way back, the parking lots were already full!). Bayaran untuk dewasa sekarang dah RM20 hengget. Untuk bebudak masih RM6 hengget. Dan kali ni ada pengacara pula kat situ. Ada muzik. Ada hiasan ala-ala funfare yang bertemakan Gong Xi Fa Cai. Ada senyuman dari staf-staf yang… hmmm… Ni staf ke atau pelajar kolej ni? Awek pula tu semuanya! Hmmm… Tak macam sebelum ni, staf-staf yang menjaga binatang-binatang liar yang diberi akses kepada pengunjung ni semua awek-awek muda-muda belaka. Macam baru lepas SPM. Barangkali pelajar universiti atau kolej kut? Merata-rata zoo penuh dengan dia orang ni le. Yang jual madu lebah, yang jaga meja kaunter sun bear sambil beri info, yang jaga ular sawa dan binatang liar, yang beri makan kura-kura tua… isy… semuanya awek muda belaka. Datang dari mana dia orang ni semua ek? Orang HR Zoo Negara finally dah ada taste barangkali… hehehehehehehe… Errr… ada jawatan kosong?

Anyways, kali ni kami berjaya tonton Animal Show dan dapat tengok singa laut tepuk tangan (well, actually tepuk sirip) serta burung helang dan burung kakak tua membuktikan kepada manusia betapa mereka jauh lebih berdisiplin dan reti bahasa… eheks. Najwa akhirnya dapat tengok kedua-dua spesis badak – badak sumbu dan badak air. Aku perabis lebih RM20 hengget beli makanan rusa, zirafah dan gajah untuk Putera dan Puteri aku. Ofkoz yang paling berani ialah Haziq diikuti oleh Azizy. Rusa jilat dan kulum tangan pun tak kisah. Gelak je. Tu baru rusa yang jilat.

Apa-apa hal pun, we enjoyed ourselves. Kami tak naik shuttle bas (yang sekarang ni memang dihias sebegitu rupa macam bas!) sebab kena bayar. Tak payah! Mari kita sama-sama memenatkan diri dan menyakitkan kaki je. Boleh eksesais. Dapat tengok singa Afrika jantan dan betina yang menayang diri dengan gagah dan sombongnya. Aku suka! Tapi harimau belang pula menyorok. Tidur. Walaweh! Ni lu punya tahun la! Bangun laaa…!

Aku tak dapat mengurat sesiapa sebab sibuk dengan Permaisuri serta Putera dan Puteri. Tapi imaginasi ni memang seliar binatang zoo le beb! Bayangkan kalau dapat salah sorang awek yang memang dah expert handle binatang liar zoo tu… perghhh…! Liar beb! Liar dan buas! AAAUUUMMM…!

Advertisements

14 Respons to “Harimau Tidur Laaa…”

  1. Nasib baik lu mampu jilat bibir (gua rasa) ketika disambut awek2 zoo

  2. gua tunggu anak gua besar sikit baru nak bawak pegi zoo.

  3. Naj, la n i memang diorang buat volunteers programme for SPM and university students. They only provide food for these kids. The Zoo has more sponsors now but most are catered for the animals and those who look after them. The more popular species would be more advantegous to look after. We wanted to go go to the National Monument and nearby animal sanctuaries but it was too damn hot that we gave it a rain check.

    • Yup… it was hot! But it was still okay I guess since the zoo has lots of big trees so we didn’t really feel the heat due to those cooling shades.

      I did hazard a guess that those kids were sort of like GEMS students or the sort. I was about to interview one of them who was busy explaining to me about the sun bear and how long and thick the sun bear’s tounge is sampai siap tunjuk gambar lidah sun bear menjilat madu lagi tapi tak sempat nak tanya panjang bcoz bawa bebudak… isy isy isy…

  4. zoo negara?awek?jilat?….

    emmm…..

    gua pon dah lama tak tengok anak liar ni,err sana ada anak liar tak?…..

  5. takpa saya faham….err…anda taknak buat trip ke-2 dengan saya ke?…
    kita boleh exchange maklumat dan informasi terkini sambil bertukar pandangan mengenai dunia global…

    mungkin anda boleh membuat forum diskusi dan perlu menjemput beberapa ahli panel yang ada kepakaran dalam pola fasion,bahasa tubuh atau tajul muluk dan mungkin para pembaca akan teruja jika anda dapat menjemput pakar mengenai ilmu`kama sutra’…

    jadi saya harap anda dapat mempertimbangkan buah fikiran bernas saya ini.

    • Huh? Ko memang menakutkan aku la bro… Apa kena kau hari ni? Isy… cuak sungguh…

      Tapi idea untuk ke sana sekali lagi bersama pakar SAHAJA tanpa ditemani kaum keluarga memang dah membenih dalam fikiran jahat aku ni sejak hari tu! Ekekekekkekeke… aiyaaarrrkkk…!

  6. ape barang ada mesyuarat out station bawak keluarga!!!

    mane ok ye?dumai,sadao atau pulau rusa?

  7. Kau tak jual belon masa pergi zoo tu ek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: