Arkib untuk 24 Februari 2010

Gua Bukan Sebarang Gua…

Posted in Semasa, Sosial on 24 Februari 2010 by Najwa Aiman

…Boleh jelaga boleh bergema
Tua bukan sebarang tua
Boleh berlaga boleh senggama…

Lama dulu salah sorang bos besar kompeni tempat aku kerja pernah bagi nasihat pada kita orang dalam bentuk kisah berkias — Dua ekor lembu jantan sedang berdiri di puncak bukit. Sekor lembu muda, sekor lagi lembu tua. Di kaki bukit tu terdapat sekawan lembu betina dari pelbagai peringkat umur dalam lebih 30 ekor bilangannya. Maka lembu jantan muda kata “Mari kita dengan pantas bergegas lari ke bawah tu dan mengurat lembu betina yang cantik comel. lepas tu kita mengawan dengan lembu betina yang cantik comel tu.” Tapi lembu jantan tua tak setuju. Dalam nada penuh bijaksana dia balas “Lebih baik kita berjalan perlahan-lahan dengan tenang ke bawah dan kita mengawan dengan semua lembu betina tu.”

Lepas tu bos besar tu tanya apa pengajaran daripada cerita tu.

Nenek belajar karate elak dirogol
Susunan Diyana Rose Kamaludden

PADA usia 60, 80 atau mungkin 100 tahun, wanita generasi warga emas Karateka di Korogocho gigih mempelajari seni mempertahankan diri sebagai langkah berjaga-jaga dalam meneruskan kehidupan di salah sebuah pekan paling berbahaya di Kenya itu…

…”Setiap kali budak-budak tersebut merompak, mereka akan memaksa nenek-nenek ini meniduri mereka,” jelas Mary Wangui, 73, yang merupakan pelajar paling tua dalam kelas dan kini bergelar guru.

“Lelaki muda percaya bahawa wanita- wanita lebih muda semuanya dijangkiti Aids, jadi mereka sanggup merogol wanita tua kerana tahu golongan ini tidak mempunyai pasangan lagi.”… (baca habis)

Sebelum sempat antara kami jawab, bos besar tu kata “Pengajarannya ada dua — Pertama; kalau kita buat sesuatu tanpa gopoh-gapah, dengan tenang, dengan berhati-hati, kita ada cukup tenaga dan sumber untuk selesaikan kerja yang lebih banyak. Kedua; orang yang lebih tua ada lebih banyak pengalaman yang menjadikan dia orang lebih bijak.”

Nasib baik aku tak sempat jawab, sebab aku cuma dapat satu pengajaran aje — bahawasanya lembu tua lebih kuat gila seks tanpa memilih! Semua dia sapu!

“Darah… Darah… Dara… Dara…”

Posted in Bencana, Ekonomi, Gomen, Sumber on 24 Februari 2010 by Najwa Aiman

Utusan Online kata kerajaan kata Kabinet masih memepertimbangkan sama ada nak naikkan tarif elektrik atau tak. TNB mesti ada sebab munasabah nak naikkan tarif tu. Mesti orang-orang kampung dah makin kerap tonton DVD sekarang ni agaknya kalau pun tak lebih lama menghadap internet. Maka naiklah penggunaan elektrik.

Atau rakyat makan makin banyak sebab rakyat semua dah makin kaya dan banyak duit sekarang ni, maka makin kerap dan banyaklah rakyat berak. Dengan itu loji-loji Indah Water dan Syabas serta syarikat bekalan air yang lain makin aktif menggunakan jentera dan pam untuk supply air dan sedut air serta proses air. Naik lagi penggunaan elektrik.

Dan rakyat juga makin kaya dan mampu guna tiga buah kereta setia seorang, lantas stesen minyak perlu lebih banyak gunakan elektrik, termasuklah plaza-plaza tol… Agaknya leee…

Gangguan bekalan elektrik: Jambatan PP sesak teruk
24/02/2010 6:21pm

BUTTERWORTH 24 Feb. – Beratus-ratus buah kenderaan terkandas selama hampir sejam di laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang apabila plaza tol jambatan berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik… (baca habis)

Oya… sebut pasal rakyat dah mampu guna dua tiga kereta seorang, maka tol pun kena naik harga le juga kan? lagi ramai orang guna tol, lagi kuranglah pendapatan operator tol. Sebab tu tol pun kena naik harga juga. Kalau tak siapa pnak bayar gaji perkerja-pekerja tol dan penyelenggaraan lebuh raya yang makin kerap rosak sebab kemalanagn pun makin banyak sekarang ni kan? Kan?

Hakikat kenaikan tol sukar dielakkan

Oleh RAZAK THAMRIN
MUSIM sambutan Tahun Baru Cina minggu lalu memperlihatkan berpuluh ribu kenderaan memenuhi lebuh raya utara selatan, timur dan barat.Ketika kita sibuk bercuti ke kampung halaman dan menikmati perjalanan pergi dan balik yang lancar, ada satu perkara yang mungkin kita lupa. Kita tidak mengambil peduli bahawa rangkaian lebuh raya di Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara dan juga Asia selepas Jepun dan China.

Pun begitu, pengguna perlu diingatkan bahawa perjalanan lancar itu ada harganya. Harga perjalanan akan bertambah mahal.

Tahun ini, 10 lebuh raya dijangka akan menaikkan kadar tol termasuk di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang akan mengkaji kadar harga tol untuk pertama kali… (baca habis)

Baiiikkk je intro laporan akhbar kat atas tu kan? Kan? Ekekekekeke… Adoi laaa…

Rezeki Orang

Posted in Quips on 24 Februari 2010 by Najwa Aiman

Brader Imuda pun sudah. Brader Shidee pun sudah. Damn…! Some people memang murah rezeki! Tahniah kepada bro berdua.

Apa-apa hal, bebila perlu, boleh contact Gafaro. Dia boleh jadi ejen kepada Wak… ehem!

Dan kepada isteri bro Imuda dan Shidee, ketahuilah bahawa orang yang dah berpengalaman dan matang amat susah dipermainkan, tetapi amat handal ‘main’! Kepada mana-mana gadis yang seksi dan jelita yang tak percaya, meh le sini Kos pembuktian beta dijamin free of charge!