Gua Bukan Sebarang Gua…

…Boleh jelaga boleh bergema
Tua bukan sebarang tua
Boleh berlaga boleh senggama…

Lama dulu salah sorang bos besar kompeni tempat aku kerja pernah bagi nasihat pada kita orang dalam bentuk kisah berkias — Dua ekor lembu jantan sedang berdiri di puncak bukit. Sekor lembu muda, sekor lagi lembu tua. Di kaki bukit tu terdapat sekawan lembu betina dari pelbagai peringkat umur dalam lebih 30 ekor bilangannya. Maka lembu jantan muda kata “Mari kita dengan pantas bergegas lari ke bawah tu dan mengurat lembu betina yang cantik comel. lepas tu kita mengawan dengan lembu betina yang cantik comel tu.” Tapi lembu jantan tua tak setuju. Dalam nada penuh bijaksana dia balas “Lebih baik kita berjalan perlahan-lahan dengan tenang ke bawah dan kita mengawan dengan semua lembu betina tu.”

Lepas tu bos besar tu tanya apa pengajaran daripada cerita tu.

Nenek belajar karate elak dirogol
Susunan Diyana Rose Kamaludden

PADA usia 60, 80 atau mungkin 100 tahun, wanita generasi warga emas Karateka di Korogocho gigih mempelajari seni mempertahankan diri sebagai langkah berjaga-jaga dalam meneruskan kehidupan di salah sebuah pekan paling berbahaya di Kenya itu…

…”Setiap kali budak-budak tersebut merompak, mereka akan memaksa nenek-nenek ini meniduri mereka,” jelas Mary Wangui, 73, yang merupakan pelajar paling tua dalam kelas dan kini bergelar guru.

“Lelaki muda percaya bahawa wanita- wanita lebih muda semuanya dijangkiti Aids, jadi mereka sanggup merogol wanita tua kerana tahu golongan ini tidak mempunyai pasangan lagi.”… (baca habis)

Sebelum sempat antara kami jawab, bos besar tu kata “Pengajarannya ada dua — Pertama; kalau kita buat sesuatu tanpa gopoh-gapah, dengan tenang, dengan berhati-hati, kita ada cukup tenaga dan sumber untuk selesaikan kerja yang lebih banyak. Kedua; orang yang lebih tua ada lebih banyak pengalaman yang menjadikan dia orang lebih bijak.”

Nasib baik aku tak sempat jawab, sebab aku cuma dapat satu pengajaran aje — bahawasanya lembu tua lebih kuat gila seks tanpa memilih! Semua dia sapu!

Advertisements

6 Respons to “Gua Bukan Sebarang Gua…”

  1. perasan atau tidak, metafora lembu dengan sikap manusia itu sendiri adalah sinikal saya kira. eheh.

  2. pesanan untuk lelaki, biarpun umur tua tapi burung kena terbang tinggi.

  3. Elehhh tinggi mana sangatlah burung tu boleh terbanggggg…

    Ternyata lembu lembu itu tidak lah sebodoh seperti yang pernah digambarkan dalam simpulan bahasa dolu-dolu, kan?

    • Sesetengah burung yang power memang tak terbang pun, misalnya burung unta. Dan sesetengah burung yang licik memang tak terbang, misalnya burung penguin… eheks…

      Tapi pepatah seperti lembu dicucuk hidung masih relevan sampai kini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: