Arkib untuk Mac, 2010

“Panjangnya!” “Lamanya!”

Posted in Novel, Quips on 31 Mac 2010 by Najwa Aiman

“Panjangnya!” Begitulah kata mereka. Kekadang mereka berkata “Lamanya!”

Ya… memang aku biasa terima kata-kata begini daripada wanita. Pada awalnya mereka tak tahu tentang panjang dan lama tersebut, sehinggalah mereka memintanya daripada aku. Dan sebagai lelaki yang manja dan bersopan santun, aku sentiasa takkan menolak untuk beri apa yang dia orang minta.

Selalunya aku akan bermula dengan bertanya nama mereka. Kemudian, kalau perlu, umur mereka. Kemudian, bergantung kepada penilaian aku terhadap mereka melalui pemerhatianku, aku akan tanya berapa lama masa yang mereka biasa ambil untuk selesai sampai habis. Dan soalan tu biasanya akan diikuti dengan sama ada mereka gemar melakukannya terus menerus sampai selesai atau akan berehat sekali sekala sebelum menyambung apa yang terhenti.

Selepas dapat semua maklumat itu, barulah aku laksanakan perananku. Biasanya aku akan menyelak lapisan paling atas sekali dengan penuh hati-hati. Pengalaman lalu mengajar agar jangan menyelak hingga ternganga menampakkan celah-celah. Cukup sekadar diselak hingga ternampak apa yang ada di sebaliknya.

Kemudian, jika ketika tu aku sedang berdiri, maka aku akan mula membongkok. Permukaan yang sudah terdedah kuusap lembut. Akhirnya jari jemariku memulakan tugas sambil akal mencari-cari kata-kata. Semasa inilah biasanya aku akan menerima komen seperti “Panjangnya!”. Ada ketika ia berbunyi “Lamanya!” Dan percaya atau tidak, kekadang komen-komen ini bukan datang daripada mereka yang meminta tadi, tetapi daripada wanita-wanita lain yang sekadar memerhatikan kami. Ya… memang aku biasa melakukannya sambil ditonton dan diperhatikan oleh wanita lain di sekeliling.

Tetapi memang itulah identiti yang secara tak sengaja telah aku mulakan sejak awal-awal dulu. Autograf aku dalam novel pembaca yang membeli novel aku memang panjang, dan kerana aku biasanya cari ilham kata-kata untuk dicoret di dalam novel itu secara on the spot berdasarkan personaliti mereka yang meminta autograf, maka aku perlu masa yang lama sikit bila menulis autograf.

Dan ya… majoriti pembaca yang minta autograf aku adalah wanita.

Nak tulis entri pasal benda bodoh ni pun panjang dan lama kan? Kan? Bukan ke? Ke…?

“Apa Masa Depan Dunia Ni?”

Posted in Bebel, Quips on 31 Mac 2010 by Najwa Aiman

Perghhh…! Sungguh 1Malaysia soalan ni. Diberikan semalam. Oleh salah sorang top gun korporat gergasi Malaysia. Kepada aku.

“Long term atau short term?” aku tanya balik sambil berlagak konon aku ni pandai.

“Dua-dualah,” dia jawab dengan muka macam pandai.

“Long term, dunia akan hancur disebabkan kiamat. Short term, takkan ada lagi tandas lelaki dan wanita.”

Ahli Parlimen Café yang lain pun tersedak-sedak juga dengan jawapan bodoh aku yang camouflage macam pandai tu. Aku pun explain — tredn dunia sekarang ialah semua mesti integrate — perdangangan antarabangsa intergrate jadi perdagangan global; matawang dunia integrate jadi satu matawang untuk semua negara; bangsa integrate jadi 1Malaysia; agama integrate jadi Islam inclusive… bla bla bla… dan akan tiba masa nanti tuan punya bangunan tak perlu lagi membazir ruang untuk bina tandas berasingan antara lelaki dan wanita. Buat satu ruang besar siap dengan jamban, mangkuk tempat kencing beridiri, bekas bahan buangan tuala wanita dan jamban all-in-one space dan terbuka kepada semua jantina. Lelaki pun masuk tandas tu, perempuan pun masuk tandas tu.

And no… dalam hal ni aku serius mengatakan bahawa ramalan aku ni bukan fiksyen kosong. Percaya tak?

Negeri Mana Ada Awek Cun?

Posted in Feminin on 31 Mac 2010 by Najwa Aiman

Antara 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan di Malaysia ni, awek dari mana yang paling lawa gitu? Jeng jeng jeng…

Masing-masing punya tase le kan? Ramai orang kata awek Kelantan. Entah. Aku belum pernah lagi seumur hidup menjejakkan kaki ke bumi Kelantan. Paling jauh pernah pergi ke panti timjur tu ialah Kuala Terengganu. Negeri lain di Semenanjung semua aku dah sampai. And ofkoz, aku akan perhatikan awek-awek di situ… eheks…

Ada yang menepati cita rasa? Well… tak ada. ADa yang lawa dan cun? Well… ada le beberapa. Tapi tak ramai. Tapi kalau di KL dan Selangor… perghh…! Toleh kiri ke, kanan ke, atas ke, bawah ke, dalam 10 at least dapat nampak 3 yang cun! Adakah ini bermakna awek KL dan Selangor yang paling lawa (di mata aku laaa…)?

Not really. Sebab? Bila dah beramah mesra, ringan-ringan, raba-raba, usap-usap, sapu-sapu, tikam-tikam… bla bla bla… tak seorang pun yang aku nampak lawa dan cun tu orang jati Selangor atau KL. Semua imported from outstation dari negeri-negeri lain di Semenanjung, dan majoritinya Sabah. Sikit-sikit dari Sarawak.

Patutlah kat negeri-negeri tu semua tak ada sangat awek cun. Semua yang cun dah berhijrah ke KL dan Selangor… termasuklah Permaisuri beta.

Yang Lucah Tu Kelakar. Betul Ke?

Posted in Matang, Quips on 30 Mac 2010 by Najwa Aiman

Kebanyakan jokes yang berbaur lucah dan porno biasanya almost possible akan buat orang gelak, kan? Ke atau sebab nak cover kemaluan… eh… cover malu? Entah…

Anyways, kenapa ek orang ketawa dulu instead of marah dengan joke lucah? Naturally memang manusia cenderung pada benda macam tu le kan? Bukan ke? “Abang nak aircond atau tak aircond? Kalau nak aircond tambah 20 sen.” Ingat joke tu? Agak popular lebih sepuluh tahun dulu… eheks…

“Cacing besar yang menceroboh gua gelap dan panas tu akhirnya meludah kepada cacing kecil yang dah tak berdaya…”

“Kata-kata terakhir suami saya yang berumur 80 tahun ni sebelum dia mati ialah ‘bagaikan syurgaaaa…!!!’

Aku nak kumpul balik semua joke ni. Ada tak?

Aku Kian Kecundang

Posted in Puisi on 30 Mac 2010 by Najwa Aiman

2 of Hearts

Posted in Nostalgia, Novel on 28 Mac 2010 by Najwa Aiman

Dua wanita yang memberi seri kepada beta dalam pesta buku. Tapi tahun ni cuma dapat tengok Shila sekali je. Tak apa… cuma tengok je…

Dan the best among the best — my beloved sis, and my most favourite companion di pesta buku — Kak Azie Azah! Sememangnya tak ada siapa yang boleh challenge beliau hingga ke hari ini — semangatnya, kegigihannya, kerajinannya dan kesungguhannya. She proved it! Tak percaya boleh tanya penghulu pesta buku CESB tahun ni!

Lisa Surihani? Tak Apa Laaa…

Posted in Hiburan, Puisi on 28 Mac 2010 by Najwa Aiman

Dan Hari Terakhir Pesta Buku 2010…

Posted in Nostalgia, Novel on 28 Mac 2010 by Najwa Aiman

Lia, Ena dan Aini... ohhh... selamat berpisah wahai kekasihku semua... Semoga kita akan berjumpa lagi di alam mimpi. Serentak pun takpe... boleh gang.. errr... bang bang bang...?

Demikianlah kemesraan antara kita... Ada berapa perempuan tu? Dari kiri... satu... dua... tiga... Hmmm... kat rumah Permaisuri satu. Aiseymen... tak adventure langsung maximum kuota sekali harung... ciszzz...!

Ya sayang... kamu adalah favourite beta. Bukan... bukan pasal promote buku. Ini soal cita rasa. You know... soal hati... soal nafsu juga... aiyaaarrrkkk...!!!

Ujang pun Ujang laaa... Setiap tahun balik-balik Ujang gak selebriti yang bergambar dengan aku... Tapi hari ni Ujang jadi VIP untuk empat publisher daaa... perghhh...!!! Yang kiri sekali ialah novelis Haslinda Ismail.

Duty ke 3, Hari ke 9

Posted in Hiburan, Iklan, Novel on 27 Mac 2010 by Najwa Aiman

Ya… Shila dah semakin dewasa. Tapi dia tetap comel! Sesungguhnya gadis yang dah ada parking bay kat tempat tertutup dalam perasaan aku ni memang comel dan jelita di mata beta… Ohhh… Huh? Aiseymen…! Dia datang dengan mak dia daaa… alahai… Pe kabar mak… cik… eh…?

Anyways, pagi tadi Ujang ada. Seperti biasa, kita orang akan berjemaah asap. Kali ni Ujang kata aku yang jadi imam, dia jadi makmum. Dan seperti biasa, Ujang gulung pakai tangan jek.

Jam 4:00 PM seharusnya Lisa Surihani datang. Semalam dah contact Lisa. Dah pesan bebaik kat dia, demi untuk menjaga reputasi dan nama baik dia di persada seni, maka dia wajib buat-buat tak kenal dengan aku nanti walaupun melintas depan aku. Dia mesti sedaya upaya tahan perasaan dia yang membuak-buak nak peluk dan cium aku tu sebab tempat tu tempat awam. Ramai peminat dia dan pembaca novel lain akan nampak dan akan tahu dengan mudah betapa kami saling menyintai dan antara kami dia cinta aku lebih. Aku tak mau nanti masuk surat khabar tentang kisah betapa dia teramat cintakan seorang penulis novel picisan… yakni akulah tu. Aku tak tergamak kerjaya seninya hancur luluh demi aku… Ohhh… Tidak sayang… Tidak sekali-kali!

Namun aku yakin bahawasanya sebagai seorang pelakon berbakat dan hebat, tak kurang juga cun melecun melekat, Lisa pasti berjaya berlakon seolah-olah saling tak kenal dengan aku bila dia datang ke booth CESB nanti. Aku yakin sangat! Lakonannya pasti berkesan dan nampak teramat sungguh realisitk yang dia kononnya tak kenal aku. Oh! Sungguh hebat kekasih aku ni!

Tapi dia tak jadi datang tadi… Semua orang tak tahu kenapa… Kekasih dia aje yang tau… Ohhh… kami bernasib baik. Cinta kami masih dapat diselamatkan daripada diketahui umum… ohhh…

Jangan Ganggu Kami!

Posted in Iklan, Novel on 27 Mac 2010 by Najwa Aiman

Semalam, Jumaat. Masa tu aku kat pejabat. Dok sibuk fikir jalan nak selesaikan satu masalah emosi… eheks… Tetiba Kak Azie hantar SMS —
“Lisa Surihani mai CESB petg ni. Promote Ahadiat filem Budak Setan.”

Huh? Bang Diat datang? Eh… kejap… Lisa Surihani…? Huh? Lisa Surihani datang…!!! Ohhh… Damn! Apa kejadahnya akau ada kat dalam pejabat macam post master ni?

Tetiba masuk satu lagi SMS daripada Kak Azie; “Sori. Farid Kamil hari ni.Lisa esok. Kul 4…” Oh yeah? Jam 4:00 PM Lisa Surihani datang! Lama ke? Don’t think so la… Paling lama pun sampai jam 5:00 PM je kut?

Wokeh bebeh… Selepas jam 5:00 PM jangan ganggu aku! Jangan SMS. Jangan telefon. Jangan cari aku. Aku sibuk! Lisa Surihani pun sibuk juga. Jangan ganggu dia juga tau! Dah! Pergi ganggu Bang Diat tu. Minta autograf dia. Jangan ganggu Lisa dan aku! Syoooh…! Syooohhh…!