Kita Aje Yang Betul?

Syafia Humairah kembali ke rahmatullah kerana dibelasah boifren ibunya. Umur Syafia baru 3 tahun. InsyaAllah Syafia Humairah pergi dalam keadaan masih suci bersih dari sebarang dosa. Beruntunglah dia. Urusannya di dunia sudah selesai.

Ibunya — Nurhanim — dalam akhbar nampak murni — berpakaian sopan lengkap bertudung. Akhbar kata Nurhanim bersekedudukan dengan teman lelakinya tu hingga mengandung 4 bulan. JANGAN MAIN-MAIN SEMBARANGAN DENGAN KENYATAAN GINI! Kalau tak boleh bukti qazaf maka yang menuduh atau membuat dakwaan tu boleh kena hukuman sebat.

Akhbar juga kata hubungan Nurhanim dan boifren bajingannya tu terjalin dah 6 tahun. Syafia Humairah ialah anak kedua Nurhanim dan berumur 3 tahun. Sahari — suami Nurhanimselaku bapa kandung Syafia (menurut kata Nurhanim) — dipenjara sejak 4 tahun lalu. Maknanya apa ni? Nurhanim dah ada skandal dengan boifren dia tu walaupun masa tu dia dah berkahwin dan dah ada anak dengan Sahari? Sure ke?

Ada yang tak kena dengan kisah ni. Ada yang tak konsisten dalam fakta. Ada yang tak betul. Dan kita tak tau siapa yang tak betul — laporan akhbar atau kata-kata Nurhanim.

Maka waspadalah — jangan cepat melatah. Jangan cepat menuduh. Jangan cepat mencemuh. Muslim diajar bertindak berdasarkan fakta kan? Kan? Bukan ke? Ke? Eksyen pulok aku ni kan? Kan? Eheks…

Advertisements

8 Respons to “Kita Aje Yang Betul?”

  1. Ya… memang sungguh mengelirukan. Kita wajar mengetahui yang benar, dan fakta tepat. Sebagai tauladan dan sempadan. Mana adil kalu sekadar buat spekulasi basi jer, kan?

    Cuma, I terkedu gak tengok family Nurhanim tu mai dgn keta Mercs tuh.. fuyooooo…

  2. Yang kesal tu, family (datuk nenek or ibu saudara ker) tidak pernah perasan ker tentang penderaan arwah ni? Hmmm musykil gak kan?

    • Laporan akhbar kata, menurut Nurhanim, arwah Syafia bagi tau yang dia jatuh setiap kali ditanya tentang bengkak, lebam serta luka. Wallaahu a’lam…

  3. tapi macam cerita tak konsisten la kes ni…

    kesimpulan saya yang tak berapa nak betul ni ada masalah hubungan kekeluargaan…

    tu je la…

  4. ada 2 isu besar dalam kes ni, jenayah dan moral. yang banyak tak konsisten ialah cerita pasal isu moral. bagi isu jenayah pula, insyaallah tidak dapat dipengaruh oleh isu moral dan yang bersalah insyaallah akan mendapat hukuman.

    kalau tengok imej nurhanim dalam suratkhabar, nampak sungguh murni, ayu dan bersopan santun gitu, tapi tak sangka dia diantara satu watak dalam kes yg berat ni. aku rasa kalaupun hanya 20% cerita dalam akhbar adalah betul, maka dia adalah penyumbang utama kepada kematian anaknya. sebagai ibu, langsung dia tak peka dengan kecederaan pada anak dia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: