Yang Hina Tanam Dalam-Dalam

Antara standard lagak ialah basement parking, betul tak? Makin tinggi blok bangunan ofis, makin dalam basement parking. Nomenclature yang digunakan biasanya ialah “P” — P1, P2, P3… bla bla bla… Makin besar nilai “P” maka makin jauh ke dalam tanah le lokasinya. Biasanya staf residen di blok ofis tu akan dapat designated parking masing-masing. Dan biasanya juga lebih tinggi pangkat dan jawatan, maka lebih rendah nilai “P”. Makin rendah pangkat dan jawatan, makin besar nilai “P”. Makin tertanam dan tertimbus dalam tanah la tu… eheks…

Maka waktu pulang dari ofis ialah antara waktu yang ramai spesis Neanderthal yang memang dah berhidung kembang akan lebih mengembangkan lubang hidungnya. Dalam kepadatan dan kesempitan ruang lif tu, jari masing-masing sibuk menonjol-nonjol nak menekan butang tingkat destinasi. Yang destinasi paling rendah nilai “P”nya, yakni yang berpangkat besar,  memang sengaja je lambat-lambat jarinya menuding-nuding butang lif.  Nak tunjuk kat semua orang bahawa kereta dia boleh parking kat tingkat atas-atas sebab dia orang atas-atas gak. Bila dah tekan butang tingkat destinasi, lambat-lambat juga jarinya beralih. Pangkat besar tu… lagi-lagi kalau pakai baju batik pada hari Khamis… hmmm…

Yang tingkat destinasinya lebih dalam daripada kubur, normally kilat pun segan dengan kepantasan jarinya…

Anyways, apa-apa hal pun aku masih tak setuju dengan konsep residen staf diberi parking pada nilai “P” lebih rendah sedangkan tetamu dan pengunjung blok ofis diberi nilai “P” yang jauh lebih dalam daripada kubur. jauh tau nak memanjat naik dari bawah tanah tu ke permukaan dunia semula, sedangkan pengunjung silih bertukar ganti setiap masa. Kenderaan residen staf pula secara puratanya hanya perlu bergerak dua kali je sehari — sekali semasa datang kerja pada waktu pagi dan sekali lagi semasa balik dari kerja pada waktu petang. Tapi tingkat parkingnya setakuk je.

Dan kononnya piagam pelanggan ialah mengutamakan pelanggan. Piagam pinggan nak? Nak?

Advertisements

12 Respons to “Yang Hina Tanam Dalam-Dalam”

  1. piagam pinggan putu mayam boleh? huahahaha

  2. emm… ita tak tau pulak, parking pun diukur ikut pangkat? tp, kalau naj ke area ampang, tak kirala, ampang point ker or ampang park ker n kawasan yg sewaktu dgnnya, nak carik parking sangat mendera kesabaran kiter….

    p/s: hapi weken naj…..

  3. phatlee Says:

    ok la tu kena tanam dengan kos RM60 sebulan…aku kena tanam dengan RM184 sebulan, then kat building sebelah plak…kalau lambat, mcm kat PBD jgk…ke P brapa ntah..then kena naik lif..jalan 5-10 minit, naik lif ke level 19….itu yang aku dapat dengan harga RM184…haduyai….

  4. Hehehehe… tak tau nak komen tang mana… Sbb parking atas tanah jugakkk…

  5. ari tu gua keje kat subang,melilau carik paking,hati dah panas gua balik ofis terus.

    alasan paking takda,puas hati aku

  6. parking adalah salah satu perkara yg buat aku tak berapa syok nak balik s’pore sbb;
    1- parking terhad, terutama tempat2 awam mcm pasar gelang, masjid, restoren dll.
    2- bayar mahal, terutama dikawasan komersial. kalau di residential area, biasanya bayar parking satu jam 1 dollar. ada setengah2 tempat dari kul 10 mlm sampai kul 7 pagi kena 2 dollar, ini dipanggil midnight parking.
    3- kebanyakkan residential area sediakan satu bangunan multilevel parking untuk beberapa blok. so ada leceh sikit terutama kalau bawak barang atau budak2 sbb kena jalan jauh sikit.

    yg ok sikit ia;ah hari ahad sbb kebanyakkan tempat parking free. sbb tulah aku selalunya balik s’pore hari sabtu dan ahad je. jadi aku cuma kena bayar parking untuk hari sabtu je.

    p/s sabtu ni kena balik s’pore.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: