Arkib untuk 5 Mac 2010

Bukan Mengutuk, Sekadar Mengumpat

Posted in Bebel, Hiburan, Islam, Sosial on 5 Mac 2010 by Najwa Aiman

Memula keluar drama Halimah Jongang ni dulu, aku dah agak akan ada isu berkaitan penghinaan kepada orang yang jongang. Tapi lepas beberapa siri, senyap je, kan? Sehinggalah satu akhbar mulakan isu tu. Lepas tu isu tu pun sampai masuk radio. Aku agak dalam ratusan ribuan blog pun mesti dah jadi isu. Ya ke?

Anyways, sama ada media nak adu-domba acum mengacum ataupun tak, kita pun tak tau, kan? Aku pernah terbaca satu hadis di mana Rasulullah SAW semasa tu sedang bersama isteri baginda Aisyah RA. Ketika tu melintas seorang yang berbadan gemuk. Maka berkatalah Aisyah RA lebih kurang “Gemuknya dia!”

Lantas Rasulullah SAW menegur lembut isteri baginda dan mengatakan bahawa kata-kata Aisyah RA tu umpama mengumpat.

Moralnya? Apa-apa ajelah moral yang kau orang boleh fikirkan, kan? Tapi bagi aku — Keadaan fizikal orang, lebih-lebih lagi yang negatif, bukan untuk dijadikan modal sembang bahkan tak sepatutnya dibuat komen sekalipun. Carilah topik lain yang lebih berfaedah kalau nak dibuat modal sembang atau sekadar nak pass remark. Sedangkan sekadar nak komen pun tak boleh, apatah lagi nak dibuat bahan lawak. So, gemuk, jongang, rendang, kurus, rongak, sumbing, boroi… bla bla bla… tu semua bukan modal lawak tau.