Hidup Ikut TV

Dalja’s Spring dah ambil hampir 5 jam hari Sabtu aku sekarang ni. Siot betul… Mujur lagi Putera dan Puteri aku ada aktiviti yang perlukan aku jadi drebar. Kekadang ada kartun kat saluran lain yang dia orang nak tengok. Yup… blessing in disguise… eheks…

TV3 semakin dilupakan… at least oleh kami sekeluarga. Dah tau betapa binawenya. Movie yang sama ditonton di saluran Astro rupa-rupanya hampir sejam lebih panjang daripada yang ditayangkan di TV3 — potong sana sini nak beri ruang iklan. TV3 kaya dengan sumpah seranah dan carut penonton je nanti. Baik aku tonton saluran lain.

RTM? Well… Sekurang-kurangnya dulu malam Jumaat ialah saluran wajib untuk RTM1. Ada pengisian jitu dalam Ehwal Islam. In fact, program tu ialah salah satu asbab sorang bekas sami Hindu yang kuat kini dah jadi pendakwah Muslim yang komited — asbab menonton pengisian jiwa daripada Haron Din. Sekarang RTM berada di tempat kedua selepas TV3 sebagai saluran yang diabaikan.

NTV7 memang dah lama keluar dari senarai. Setiap kali sampai ke saluran tu program yang sedang tersiar mesti dalam bahasa yang aku tak faham. Sama le dengan TV8 atau TV9… well… tak boleh komen. Sejak dulu memang tak pernah ikuti. Kalau ikuti pun tak sedar bahawa yang aku ikuti tu TV8 atau TV9.

Pawagam? Satu-satunya kebanggaan beta dengan pawagam ialah perkataannya — PAnggung WAyang GAMbar. Dah lama tak pergi. Dua minggu lagi aku cadang nak pergi. Sekarang sedang cuba pujuk satu awek yang aku kenal dekat ofis ikut aku pergi. Rasa-rasanya ada chance!

Advertisements

6 Respons to “Hidup Ikut TV”

  1. gua kengkadang teringin gak terkenangkan hidup gua zaman jahiliah…

    takpe la nanti gua carik bakal bini kedua dan seterusnya gua bawak pegi pawagam…ermm nyam nyam…

  2. pasal siaran tv kalau duduk jb tak payah langgan astro pun tak pe sbb kat sini banyak siaran. kat sini dapat siaran s’pore dan setengah2 tempat dapat siaran indon. sejak dulu lagi tak pernah aku terfikir nak langgan astro. tapi akhirnya semalam aku daftar nak masuk astro sbb world cup dah dekat beb….. aku sokong england, spain dgn mana2 negara dari asia. lagi satu formula1 pun dah nak start minggu depan. tak sabo nak tengok team lotus (team dari malaysia) berlumba.

  3. jiran mak gua dulu arqam. rumah dia takde tv. suratkabar pun dia tak beli. anehnya, bila datang rumah mak gua, habis utusan malaysia tu dikhatamkannya. dan sekarang, dia dah ada tv.
    eheh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: