Arkib untuk 7 Mac 2010

“Love for Lust…

Posted in Bahasa, Bebel, Feminin, Maskulin, Sosial on 7 Mac 2010 by Najwa Aiman

…never Lasts.” Kata-kata hikmat orang puteh la. Maka ada yang ambil pengajaran dari situ dengan memastikan cintanya adalah murni, tulus, ikhlas, telus, jerlus, gebus, sugus… apa-apa le… Skima sungguh…  Sebahagian yang lain ambil iktibar dengan memastikan diri dia seksi supaya orang yang bercinta dengan dia hanya bercinta sekadar “for lust”. Eheks… ngerti? Ngerti nggak?

Ada gak sebahagian yang dah lalui dan perolehi cinta sejati memikirkan bahawa sekarang ni masa untuk cinta “for lust” le pulok. Nothing to lose. Hmmm… ada asas yang agak konkrit lagi munasabah juga alasan yang sungguh kurang ajar tu kan? Kan? Ekekekeke… aiyaaarrrkkk…!

Apa-apa hal pun, soalan yang orang dok tanya sejak dulu sampai sekarang, yang jawapannya yang begitu amat pelbagai pun dah pernah diberikan sejak dulu sampai sekarang, masih dianggap tak berjawab sempurna — “Apa tandanya sudah jatuh cinta?” Hmmm… apa ek?

Apa-apa je lah. Yang sibuk nak tau sama ada jatuh cinta atau tak tu apa pasal? Dalam solat, ada panjatkan doa kesejahteraan dunia dan akhirat khusus untuk dia tak? Ada doakan hidayah, berkat dan rahmat khusus untuk dia tak? Ada doakan jodoh yang soleh atau solehah untuk dia TANPA mengkhususkan agar dia jadi jodoh untuk kita tak? Ada doakan supaya matinya dia dalam Islam dan iman tak?

Maka di mana cintanya ya? Yup… LOVE FOR LUST SHOULD NOT LAST! Amboi… eksyen sungguh aku… ekekekeke… Tapi seriously aku still nak tau jawapannya — “Apa tandanya sudah jatuh cinta?”

Hantu Digital

Posted in Bodoh, Sihir, Teknologi on 7 Mac 2010 by Najwa Aiman

Berapa peratus populasi dunia ni yang percaya pada hantu ek? Kau orang percaya? Ramai gak kengkawan yang pernah ada experience nampak hantu. Tapi lebih ramai kengkawan yang kenal kengkawan lain yang ada experience nampak hantu sedangkan dia orang sendiri pun tak pernah ada experience tu. Biasanya kisah daripada dia orang yang dengar cerita atas kengkawan ni jauh lebih menakutkan daripada cerita orang yang ada experience sediri kan? Bukan ke?

Anyways, kali terakhir aku terima kisah hantu ni ialah dari emel (mana lagi?) yang bagi warning agar jangan buka SMS yang datang dari satu nombor pelik. Tak ingat nombornya. Emel tu pun aku dah delete the moment aku habis baca. Katanya kalau aku buka SMS dari nombor pelik tu, maka akan keluar mesej teks dengan font berwarna merah. Kalau aku baca, maka akan jadi… apa entah… aku tak ingat. Aku tak takut pun masa tu sebab aku masih guna henpon yang ringtone pun jenis monophonic. Kompem display henpon aku bukan jenis colour dan tak mungkin boleh display teks berwarna merah. Masa tu le.

Maka manusia yang tak ikuti perkembangan teknologi terkini sememangnya lebih bengap daripada hantu. Spesis hantu pun dah pandai guna teknologi telekomunikasi satelit tau!