Arkib untuk 22 Mac 2010

Persepsi Pepsi Pesta Buku

Posted in Novel on 22 Mac 2010 by Najwa Aiman

Gambar ni aku kidnap dari blog Kak Azie daaa...

Iwan CESB pun kecewa. Tahun-tahun sebelum ni nak menyeberang gerai CESB dari penjuru ke penjuru pun jenuhu berhimpit-himpit sambil siku menyiku antara celah-celah badan para pengunjung. Seksa sungguh. Tapi tahun ni nak melintas dari penjuru ke penjuru pun boleh naik Harley Davidson sambil wheely.

Pembaca dah boring. Tak ada yang baru. Tak ada kepelbagaian. Faham tak? Tak apa. Tak expect akan faham. Jangan sekat kreativiti dia orang. Biarkan bunga berkembang. Biarkan kumbang datang. Biarkan madu kontang. Biarkan resam hilang.

Aku cakap je la pandai. Novel baru mana? Mana? Mana? Sowi Kak Azie… insyaAllah next year kita promote buku Najwa Aiman yang baru ek? Ada semangat yang dah hilang. Lenyap bersama-sama penat lelah yang tak berbaloi. Next time kita bergambar beta akan jadi lebih manja dan ayu!

Bukan Air Berdengung 2

Posted in Etnik, Fiqh, Sosial on 22 Mac 2010 by Najwa Aiman

Masih ingat tak lagi tentang air minuman dari Iran bernama Istak yang pernah jadi isu suatu masa dulu? Tak le dulu sangat, tapi tak le baru sangat juga.

Aku dah dapat air ni. Maceh Nazrul! Naisb baik ko jantan. Kalau tidak memang kompem aku dah peluk, cium dan baringkan kau ke katil… Maceh! Susah nak jumpa air ni. Akibat sentimen Melayu yang anggap air malta yang dimasukkan ke dalam tin atau botol minuman yang rupanya iras-iras arak maka air tu ialah arak juga. Jenuh… jenuh… But then again memang betullah kata tok nenek Melayu dulu — bodoh tak boleh diajar, cerdik… well… memang tak cerdik langsung! Ekekekekeke…

Nazrul dah cuba air ni masa kat Terengganu. Dia benci teramat rasanya. “Macam tu ke rasa beer?” dia tanya. Kau memang bertuah sebab tak pernah sentuh air setan tu la sahabat. Petang tadi masa dok tunggu Puteri aku kat sekolah, aku pun try air tu sendirian kat dalam kereta. Wow! Nostalgia zaman setan-respek-kat-aku kembali tersengih menayang gigi di memori. Langsung aku hantar SMS kepada Nazrul — “Memang rasa beer. Best!”

Ya… memang betul… Setan takkan mati selagi belum kiamat. Ngerti? Dan setan memang expert memperdaya manusia, terutamanya manusia yang cetek ilmu. Emosi bukan lambang iman. Sentimen bukan lambang iman. Dan yang paling jelas lagi nyata, Melayu definitely bukan simbol keimanan.

Marah ke? Eheks… kompem memang Melayu le tu… ekekekekekkeke…

AMARAN: SESUNGGUHNYA ARAK ITU HARAM DAN TERMASUK DOSA-DOSA BESAR