Bukan Air Berdengung 2

Masih ingat tak lagi tentang air minuman dari Iran bernama Istak yang pernah jadi isu suatu masa dulu? Tak le dulu sangat, tapi tak le baru sangat juga.

Aku dah dapat air ni. Maceh Nazrul! Naisb baik ko jantan. Kalau tidak memang kompem aku dah peluk, cium dan baringkan kau ke katil… Maceh! Susah nak jumpa air ni. Akibat sentimen Melayu yang anggap air malta yang dimasukkan ke dalam tin atau botol minuman yang rupanya iras-iras arak maka air tu ialah arak juga. Jenuh… jenuh… But then again memang betullah kata tok nenek Melayu dulu — bodoh tak boleh diajar, cerdik… well… memang tak cerdik langsung! Ekekekekeke…

Nazrul dah cuba air ni masa kat Terengganu. Dia benci teramat rasanya. “Macam tu ke rasa beer?” dia tanya. Kau memang bertuah sebab tak pernah sentuh air setan tu la sahabat. Petang tadi masa dok tunggu Puteri aku kat sekolah, aku pun try air tu sendirian kat dalam kereta. Wow! Nostalgia zaman setan-respek-kat-aku kembali tersengih menayang gigi di memori. Langsung aku hantar SMS kepada Nazrul — “Memang rasa beer. Best!”

Ya… memang betul… Setan takkan mati selagi belum kiamat. Ngerti? Dan setan memang expert memperdaya manusia, terutamanya manusia yang cetek ilmu. Emosi bukan lambang iman. Sentimen bukan lambang iman. Dan yang paling jelas lagi nyata, Melayu definitely bukan simbol keimanan.

Marah ke? Eheks… kompem memang Melayu le tu… ekekekekekkeke…

AMARAN: SESUNGGUHNYA ARAK ITU HARAM DAN TERMASUK DOSA-DOSA BESAR

Advertisements

19 Respons to “Bukan Air Berdengung 2”

  1. Sebab tu ramai yang lebih suka sebut orang Islam, bukan orang Melayu…:)

    • Yup… setuju banget. Melayu fikir Melayu tu Muslim… dan Melayu bukan sekadar mudah lupa… Melayu sebenarnya langsung tak boleh ingat… ekekekekekeke…

      Dan beta juga seorang Melayu… Melayu porno… eheks!

  2. ada satu kedai kat rumah gua nama dia baghdad cafe. menarik. set nasik baghdad dia memang lazat. dia juga ada jual air malt berperisa buah-buahan. bavaria namanya. banyak gas siol. rasa? boleh tahanlah. tak taulah macam tu ke rasa beer?

    • Yup. Memang ada air sebegitu. Restoran Al Rawsha tu jual air (yg nampak mcm beer) nama BARBICAN… actually air lemonad jerrr…

    • Air malt berperisa buah-buahan wa belum pernah rasa. Air malt tanpa perisa tapi bubuh alkohol… well… hmmm… Nasib baik wa sempat hidup… aiyooo…!

      AMARAN: SESUNGGUHNYA ARAK ITU HARAM DAN TERMASUK DOSA-DOSA BESAR

  3. yang aku tau la kalu beer ni baunye,macam lakhnat….

    tapi istak ni yang aku minum takde la bau busuk…

    err…istak dalam gambar ni perisa ape,gua minum dulu rasa plum…

    • Lu pernah minum beer sebenar ke? Air malta berperisa buah-buahan memang rasanya dan baunya atk setulen beer sebenar. Air Istak yang aku minum ni tak ada perisa tambahan – pure malta. So bau dan rasanya memang sejibik beer sebenar. Hmmm… macam tau-tau je aku ni rasa dan bau beer sebenar ek…? Hmmm…

      AMARAN: SESUNGGUHNYA ARAK ITU HARAM DAN TERMASUK DOSA-DOSA BESAR

  4. gua pernah pegi warehouse sorang pak arab.. memang banyak malta… gua try satu… GASSSSS… perut gua…

    • Wa baru first time try air malta tanpa alkohol ni dan memang diakui kandungan gas air malta tanpa alkohol ni jauh lebih banyak sesangat berbanding beer sebenar. Tak tau le kenapa.

      AMARAN: SESUNGGUHNYA ARAK ITU HARAM DAN TERMASUK DOSA-DOSA BESAR

  5. gua beer tak penah minum la tapi power root beer ke root beer penah la

  6. I hari tu dapat hadiah 2 katun air jenama X10 (baca: extend) yang berperisa Tongkat Ali (masa gath di Rawang tu). Perhhh sedapppp!

    I sorang jer pulun, mau 1 katun sorang.

    kat luar blem jual lagi. Tapi nanti masuk market harga RM2.50 1 can kecik saiz yg nescafe can tuh.. perhhh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: