Arkib untuk 24 Mac 2010

“Back to Basic”

Posted in Quips on 24 Mac 2010 by Najwa Aiman

Setiap kali masak telur dadar resepi aku mesti ada susu pekat, spring onion, cendawan butang, cili, pepper. Memang le lazat. Tapi bila sesekali Permaisuri beta masak telur dadar basic yang sekadar letak garam dan pepper je tu, rasa macam lebih lazat.

Sebenarnya sesekali kita kena kembali “back to basic” bak kata dalam bahasa daerah aku… eheks… Sebab kita selalu lupa bahawa yang ada sekarang bermula dengan sesuatu yang cukup simple sebenarnya, tapi memenuhi segala keperluan. Yup… susu pekat, spring onion, cendawan butang, cili… pekejadah tu semua tak memenuhi apa-apa pun selain pemenat lidah jek.

Back to basic, my good man! And… oh ya… basic human is without clothing! Aiyaaarrrkkk…!