Arkib untuk 27 Mac 2010

Duty ke 3, Hari ke 9

Posted in Hiburan, Iklan, Novel on 27 Mac 2010 by Najwa Aiman

Ya… Shila dah semakin dewasa. Tapi dia tetap comel! Sesungguhnya gadis yang dah ada parking bay kat tempat tertutup dalam perasaan aku ni memang comel dan jelita di mata beta… Ohhh… Huh? Aiseymen…! Dia datang dengan mak dia daaa… alahai… Pe kabar mak… cik… eh…?

Anyways, pagi tadi Ujang ada. Seperti biasa, kita orang akan berjemaah asap. Kali ni Ujang kata aku yang jadi imam, dia jadi makmum. Dan seperti biasa, Ujang gulung pakai tangan jek.

Jam 4:00 PM seharusnya Lisa Surihani datang. Semalam dah contact Lisa. Dah pesan bebaik kat dia, demi untuk menjaga reputasi dan nama baik dia di persada seni, maka dia wajib buat-buat tak kenal dengan aku nanti walaupun melintas depan aku. Dia mesti sedaya upaya tahan perasaan dia yang membuak-buak nak peluk dan cium aku tu sebab tempat tu tempat awam. Ramai peminat dia dan pembaca novel lain akan nampak dan akan tahu dengan mudah betapa kami saling menyintai dan antara kami dia cinta aku lebih. Aku tak mau nanti masuk surat khabar tentang kisah betapa dia teramat cintakan seorang penulis novel picisan… yakni akulah tu. Aku tak tergamak kerjaya seninya hancur luluh demi aku… Ohhh… Tidak sayang… Tidak sekali-kali!

Namun aku yakin bahawasanya sebagai seorang pelakon berbakat dan hebat, tak kurang juga cun melecun melekat, Lisa pasti berjaya berlakon seolah-olah saling tak kenal dengan aku bila dia datang ke booth CESB nanti. Aku yakin sangat! Lakonannya pasti berkesan dan nampak teramat sungguh realisitk yang dia kononnya tak kenal aku. Oh! Sungguh hebat kekasih aku ni!

Tapi dia tak jadi datang tadi… Semua orang tak tahu kenapa… Kekasih dia aje yang tau… Ohhh… kami bernasib baik. Cinta kami masih dapat diselamatkan daripada diketahui umum… ohhh…

Jangan Ganggu Kami!

Posted in Iklan, Novel on 27 Mac 2010 by Najwa Aiman

Semalam, Jumaat. Masa tu aku kat pejabat. Dok sibuk fikir jalan nak selesaikan satu masalah emosi… eheks… Tetiba Kak Azie hantar SMS —
“Lisa Surihani mai CESB petg ni. Promote Ahadiat filem Budak Setan.”

Huh? Bang Diat datang? Eh… kejap… Lisa Surihani…? Huh? Lisa Surihani datang…!!! Ohhh… Damn! Apa kejadahnya akau ada kat dalam pejabat macam post master ni?

Tetiba masuk satu lagi SMS daripada Kak Azie; “Sori. Farid Kamil hari ni.Lisa esok. Kul 4…” Oh yeah? Jam 4:00 PM Lisa Surihani datang! Lama ke? Don’t think so la… Paling lama pun sampai jam 5:00 PM je kut?

Wokeh bebeh… Selepas jam 5:00 PM jangan ganggu aku! Jangan SMS. Jangan telefon. Jangan cari aku. Aku sibuk! Lisa Surihani pun sibuk juga. Jangan ganggu dia juga tau! Dah! Pergi ganggu Bang Diat tu. Minta autograf dia. Jangan ganggu Lisa dan aku! Syoooh…! Syooohhh…!