“Panjangnya!” “Lamanya!”

“Panjangnya!” Begitulah kata mereka. Kekadang mereka berkata “Lamanya!”

Ya… memang aku biasa terima kata-kata begini daripada wanita. Pada awalnya mereka tak tahu tentang panjang dan lama tersebut, sehinggalah mereka memintanya daripada aku. Dan sebagai lelaki yang manja dan bersopan santun, aku sentiasa takkan menolak untuk beri apa yang dia orang minta.

Selalunya aku akan bermula dengan bertanya nama mereka. Kemudian, kalau perlu, umur mereka. Kemudian, bergantung kepada penilaian aku terhadap mereka melalui pemerhatianku, aku akan tanya berapa lama masa yang mereka biasa ambil untuk selesai sampai habis. Dan soalan tu biasanya akan diikuti dengan sama ada mereka gemar melakukannya terus menerus sampai selesai atau akan berehat sekali sekala sebelum menyambung apa yang terhenti.

Selepas dapat semua maklumat itu, barulah aku laksanakan perananku. Biasanya aku akan menyelak lapisan paling atas sekali dengan penuh hati-hati. Pengalaman lalu mengajar agar jangan menyelak hingga ternganga menampakkan celah-celah. Cukup sekadar diselak hingga ternampak apa yang ada di sebaliknya.

Kemudian, jika ketika tu aku sedang berdiri, maka aku akan mula membongkok. Permukaan yang sudah terdedah kuusap lembut. Akhirnya jari jemariku memulakan tugas sambil akal mencari-cari kata-kata. Semasa inilah biasanya aku akan menerima komen seperti “Panjangnya!”. Ada ketika ia berbunyi “Lamanya!” Dan percaya atau tidak, kekadang komen-komen ini bukan datang daripada mereka yang meminta tadi, tetapi daripada wanita-wanita lain yang sekadar memerhatikan kami. Ya… memang aku biasa melakukannya sambil ditonton dan diperhatikan oleh wanita lain di sekeliling.

Tetapi memang itulah identiti yang secara tak sengaja telah aku mulakan sejak awal-awal dulu. Autograf aku dalam novel pembaca yang membeli novel aku memang panjang, dan kerana aku biasanya cari ilham kata-kata untuk dicoret di dalam novel itu secara on the spot berdasarkan personaliti mereka yang meminta autograf, maka aku perlu masa yang lama sikit bila menulis autograf.

Dan ya… majoriti pembaca yang minta autograf aku adalah wanita.

Nak tulis entri pasal benda bodoh ni pun panjang dan lama kan? Kan? Bukan ke? Ke…?

14 Respons to ““Panjangnya!” “Lamanya!””

  1. saudarai ari tu tak mintak sign?

  2. darai!!! kehkehkeh… lawak siol.

  3. Nak autograf pun kena usap buku dulu ker? hehe

  4. saudarai tu bukan istilah gua..

    itu Dr.Maza punya…..gua tolong mengembangkan penggunaan istilah tu…

  5. kalau lisa yang mintak otogerap, abis la…digigit, dikemam abis novel tuh…hehehe..

  6. Hmmm… jeles nyerrr tengok..

  7. novel…itu untuk mengaburi mata pembaca lain…wehahahaha…

Tinggalkan Jawapan kepada phatlee Batal balasan