Kaya Akademik, Miskin Ilmu

Ada anak-anak yang sekarang di tadika tak? Bebudak tu semua diajar apa ya? Dan yang paling penting, kita mak bapak ni nak dia orang diajar apa ya? Mesti pandai membaca, mengira dan menulis di usia muda? Kan? Kan?

Ofkoz, kan? Ada tak tadika yang mengajar bebudak tu adab-adab bersin misalnya? Adab batuk? Kalau bersin atau batuk, macam mana caranya? Tutup mulut? Really? Tutup dengan apa? Tapak tangan? Siku? Tapak kasut?

Resam kita barangkali. Sampai dewasa, membawa ke tua, kita kejar macam-macam kelulusan akademik. Dari sijil ke diploma, kemudian ke first degree, lepas tu masters degree, kemudian ke Ph.D. Tak cukup satu, kita ambil enam belas Ph.D. Betul punya Permanent Head Damage dah ni…

Tapi kita masih miskin ilmu walaupun sijil akademik bergulung-gulung… Ada yang kurang ni. Ada yang tak kena. Kenapa susah benar ilmu nak lekat gamaknya? Timkai?

Advertisements

22 Respons to “Kaya Akademik, Miskin Ilmu”

  1. tiada keseimbangan. itu sebabnya.

  2. zaman dahulu terdapatlah seorang pendeta tua iras iras A.Samad Said rupanya yang berhajat untuk menyeberang sebatang sungai.Beliau menunggulah perahu penambang.

    Setelah kenyang menjamu mata tibalah perahu yang ditunggu tunggu yang mana dipilotkan oleh seorang remaja hensem seperti penulis cerita ini untuk membawa pendeta tua itu ke destinasinya.

    Oleh kerana remaja hensem seperti penulis cerita ini menghormati pendeta tua iras iras A.Samad Said tiadalah perbualan mengenai gosip gosip terkini artis yang hendak dibualkan.hening sahaja suasana didalam sampan itu.

    `anak muda yang hensem seperti penulis cerita ini,adakah kau tahu bagaimana tuhan menciptakan sungai ini?’tanya pendeta tua itu memecah kesunyian.

    `tidak uncle najwa’kata remaja itu setelah terlihat tanda nama yang tersembunyi disebalik janggut putih pendeta itu.

    `kasihan….’.Terpinga pinga anak muda yang hensem seperti penulis cerita ini dengan kata kata pendeta itu.

    `anak muda yang hensem seperti penulis cerita ini,adakah kau tahu bagaimana tuhan menciptakan burung burung yang sedang beterbangan di langit itu’kata pendeta itu sambil membalut lenteng tembakaunya.

    `tidak uncle najwa,saya tidak tahu sebab tiada guru yang mengajarkan pada saya’kata anak muda yang hensem seperti penulis cerita ini dengan penuh hormat.

    `kasihan….’

    hendak dijadikan cerita,bocor pula sampan yang dinaiki mereka berdua ibarat telah melanggar periuk api gamaknya.laksana Daniel Bego anak muda yang hensem seperti penulis cerita ini terjun dari sampan menyelamatkan diri.

    Setelah 2 stroke mengayuh diri anak muda yang hensem seperti penulis cerita ini teringatkan pendeta tua itu lalu berpaling lalu menjerit`uncle najwa cepat selamatkan diri,sampan dah karam’.

    Akan tetapi uncle najwa diam membatu seribu bahasa.eek tidak ook pon tidak.

    `uncle najwa tak tau berenang ke uncle!’laung anak muda yang hensem seperti penulis cerita ini .Akan tetapi pendeta tua itu masih tidak berbunyi mungkin malu barang kali.

    `kasihan’kata anak muda yang hensem seperti penulis cerita ini didalam hati sambil berenang ke tepi kerana dia tidak mampu menyelamatkan pendeta tua malang itu

    ***moral of the stori,gua reti berenang walaupon gua belajar tak tinggi.
    gua boleh berfikir waras walaupon gua belajar tak tinggi.gua tak kisah kalu orang pandang rendah kat gua walaupon gua belajar tak tinggi.

    • Cerita lu best! Mesej lu bernas! Tapi pemilihan watak dalam plot cerita lu memang hampeh…! Cet…!

      p/s: Uncle Wawa yang sebenar reti berenang baik di dalam air mahupun di atas katil.

  3. bagi gua kalu akademi sahaja ditekankan tetapi adab sopan,tata bahasa dan adat resam tak diajar .yang terbaring tengah jalan la maki hamun orang la buang anak la hasilnya

  4. tempang… tapi bole jalan.. rase2 tak jauh…

  5. Salam,
    Kalau cara untuk dapatkan sijil yang bergulung-gulung itu tidak betul, jauh berkatnya…bagaimana ilmu yang tertulis dalam gulungan sijil itu mampu diaplikasi sebaiknya dalam kehidupan?

    Kalau berkata-kata, sang pendeta, sang profesor dan entah apa-apa sang lagi itu cukup terpandang ketinggian ilmunya, namun apabila sampai kepada bab aplikasi…bagaimana? Di pusat terbilang terpenuh pendeta dan cendikiyaiwan pun selalu terseliuh aksi, apalagi di tempat yang perpustakaan awamnya hanya terisi majalah hiburan 😉

  6. learn to survive. ni yg paling penting.

  7. Agak-agaknya budak yg bernama Rafiqin Darwisy tu salah asuhan jugak ker?

  8. lepas tu orang akan cakap “stupid proud punya orang”

  9. uncle wawa ooo uncle wawa……

    saya nak amek cerita saya boleh?…..

    • Huh…? Lorrr… lu ke yang hantar mesej kat wa di FB tu…? Cet…! Lu punya cerita lu amik je laaa… lu puny ahak. Minta azin daripada wa buat haper ke jadahnye?

  10. stupid proud ~ bodoh sombong…hehehehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: