Dijamin Sampai

It’s about time. Memang betul ada banyak kompelin tentang surat tak sampai termasuk surat penting. tu memang tak elok. Tapi masih ramai posmen dan posnita yang dedikasi, gigih, tekun, berani… bla bla bla… Kena salak malah dikejar anjing, turun bukit (yang ni mungkin syok), naik bukit (yang ni syok dalam konteks yang berbeza… ehem…), tempuh banjir, disiram hujan… bla bla bla… Gaji posmen akan naik, lapor myMetro

Posmen bergaji baru mulai Julai
2010/04/07

KUALA LUMPUR: Penyusunan semula tangga gaji dan elaun hampir 2,000 posmen dan kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain berkuatkuasa Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim… (baca habis)

Sejujurnya aku baru tahu bahawa gaji pokok mula posmen ialah RM610 sebulan (tak termasuk elaun lain kalau ada). Memang rendah. Aku tau ada posmen yang buat kerja part time di stesen minyak. Ramai gak. Siang hari senyum kat aku semasa hantar surat. Malamnya senyum lagi kat aku semasa aku isi minyak kat stesen minyak tu. Harap-harap lebih lewat malam lagi jangan ada senyum-senyum kat aku lagi! Entah kerja part time apa pula lewat malam camtu! Unless kalau yang sedemikian tu posnita laaa… eheks…

Tapi betul ke kita cuma ada 2,000 posmen termasuk kerani pos? Untuk cover seluruh negara? Serius? Ni kira sikit atau ramai ni ek? Anyways… Mudah-mudahan dengan kenaikan harga setem ni dan kenaikan gaji baru Julai ni, semua surat dijamin sampai… ke destinasi yang tertera atas sampul… insyaAllah!

Advertisements

12 Respons to “Dijamin Sampai”

  1. gua kalau jenis tak kuat berpeluh memang dah lama apply jadi posmen. sempoi abis keje posmen.

  2. I sangka bilangan posmen akan semakin kurang memandang zaman canggih ramai lebih prefer guna email yg lebih pantassss…

    Surat rasmi hampir semua wajib guna pos, kan? Kesian sungguh pada para posmen. Sorang jiran I keja posmen, pun buat part time bawa teksi malam hari..

  3. posto, posto…ana posto bukan pistol…

    • Bila dia orang nak keluarkan setem gambar Siti Nurhaliza ke, Lisa Surihani ke, Diana Danielle ke… Kompem surat tak sampai. Setem asyik tercabut. Orang salah jilat. Aku pernah baca ni dalam joke versi omputeh.

  4. yup..aku pernah dengar dulu…sebab nanti orang salah jilat…hehehe…

  5. masa student dulu kadang2 jadi postman sambilan sbb senior suruh hantar surat kat awek sekelas aku. bila aku dah senior, junior aku pulak jadi postman sambilan aku..ekeke…

    dolu2 mana ada hp, sms, chatting dan sebagainya. tak mcm zaman sekarang.

  6. gaji ngan elaun posmen bape erk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: