Kaplakh!

Suatu masa dulu aku pernah dengar kat mana entah, bila timbul soal fiqh tentang ke arah mana kita nak menghadap bila kita solat dalam kapal angkasa atau kat planet selain bumi, ustaz tu (aku tak ingat siapa) jawab, kita tak usah mencari hukum sesuatu yang belum tentu.

Dalam undang-undang sivil pula, fakulti business and law di Sunderland University UK dah perkenalkan satu module baru untuk pelajar perundangan — undang-undang angkasa lepas… eheks! Wow! Weh…! Aku serius tau! Betullah!

Antara topik yang akan masuk dalam modul ni ialah tentang H&S (Health & Safety) di angkasa untuk pelancong angkasa dan damages (ganti rugi) bagi kerosakan satelit di angkasa akibat perlanggaran dengan objek lain yang mengorbit bumi. Amacam? Tak cukup lagi tu! Ada juga loyar yang beri usul tentang prinsip perundangan hak milik hartanah di bulan dan planet lain!

Interesting? Tu belum jumpa makhluk asing dari planet lain tu! Bayangkan lawsuits antara spesis manusia bumi dan spesis Klingon dari Musytari perihal merebut hak milik hartanah sebuah komet yang melintas di kedua-dua planet setiap 80 tahun! Ekekekekekeke… Ekekekekekekke… adoi laaa… Kaplakh…!!!

Advertisements

6 Respons to “Kaplakh!”

  1. benda yang ntah bila tahun dieorang dapat pergi pon dah buat law?

    ibarat permainan monopoly yang diseriuskan je bunyinya

    • ADa sesiapa yang nak beli tanah kat bulan? Rasa-rasanya murah je tu. But then again, isu yang aku dok fikirkan tentang ni ialah, siapa dapat pegang hak milik asal bulan? Amerika kut? Sebab dia orang yang first landing kat sana. Dah perang lagi rebut tanah kat bulan pulaaa… Lepas ni kala malam bulan mengambang kita dapat tengok pertunjukan bunga api di langit dari tembakan dan bedilan senjata laser ala-ala Star Wars.

  2. bengap atau terlalu forward thinking atau tersangat bengap?

    • Biasanay bidang perundangan lembab nak mengikut peredaran zaman, especially kemajuan teknologi. Tapi in this case… hmmm… agak laur biasa la pulok. Tapi rasa-rasanya ada ke law student yang berminat?

      Tapi deep in my heart, ada satu instinct mengatakan bahawa bila zaman tu benar-benar tiba nanti, undang-undang ni mungkin dah ada, tapi dari segi updating untuk mengikut perkembangan zaman masa tu, the law might still lag. As usual.

  3. soklan. ada tak jin atau iblis duduk kat bulan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: