Gosok Jangan Tak Gosok, Gosok!

Kali terakhir ‘kiwi’ kasut bila ek? Bertahun dah beb! Al-maklumlah kasut murah je. Kasut PVC ke plastik ke haper entah… aku pun tak tau. Tak kuasa nak gosok eh!

Tapi bebaru ni dapat hadiah sepasang kasut. Bestnya! Orang kat ofis yang terperasan kasut baru aku tu kata kasut tu kasut kulit. Maka perlu selalu digilap. Dalam bahasa saintifiknya perlu selalu ‘dikiwi’ la… (by the way, maksud sebenar ‘kiwi’ dalam bahasa Melayu ialah penyewa petak perahu, selain daripada buah yang orang selalu import dari New Zealand tu, dan juga spesis burung yang aku agak tak boleh terbang kut. Ya ke? Dan ‘Kiwi’ juga sebenarnya ialah satu jenama yang antara produknya ialah penggilap kasut… eheks…)

Maka aku pun selongkar le almari kasut tu. Nasib baik ada kiwi. Masih belum keras. Elok lagi.

Adoi… lenguh gak kiwi kasut ni ek…? Selain daripada pasukan keselmatan dan anggota beruniform, ada lagi ke orang perseorangan yang suka selalu kiwi kasut? Ada ke?

Dan ya… memang aku nak berlagak kat ofis, kat restoran, kat warung, kat jamban, kat bilik air… bla bla bla… dengan kasut baru aku ni. Ada masalah? Oya… kat masjid je aku tak boleh berlagak dengan kasut ni. Takut nanti lepas tu mat pit lak yang berlagak… ahaks!

15 Respons to “Gosok Jangan Tak Gosok, Gosok!”

  1. gua ada pergi ceramah,ustaz tu ada sebut barang barang yang hilang kat surau@masjid nanti dia jadi saksi kita yang kita pernah pergi masjid@surau…

    tapi gua tak bersedia nak balik kaki ayam….

  2. pergh. macam koboi.

  3. wahahaha…kasut bling2…dulu time study, aku jadi tukang lap kasut ayahanda aku…hehehe…selagi belum kilat, selagi tu aku sental…sekarang? malas…dari hari beli sampai la ni x gosok…hehehe…

  4. The good.. The bad.. And the ugly.. Clint eastwood..

  5. mana ingat beb hadis ape yang dia rujuk….

    kalu nak kilat kasut banyak kerja bro….

    satu layer je layur dengan api,pastu gosok balik….

    kalu nak tau berkilat mesti nampak reflek kuku jari tangan kita dekat kasut tu

    • Masa kadet dulu, dia orang ada ajar guna air (kekadang air liur pun jadi) dan lilin. Tapi tak kuasa le aku nak buat kaedah tu sekarang… eheks…

      Yang layur dengan api tu camne? Terbakar le kasut tu nanti kan? Tapi kalau kasut kulit okey kut?

  6. kalu tebakar sah sah anda di prank…..di layur je bukan panggang….

  7. kasut saiz apa tu bro?..ekeke…

  8. […] Habis dibedalnya kasut ofis aku yang Permaisuri aku baru hadiahkan tu. Pernah cerita pasal aku kiwi kasut ni. Kasut ofis spare aku yang dah nak patah tapaknya tu pun dibedalnya juga. Kasut but lama yang […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: