Karnival Jubli Emas SKPJ (1960 – 2010) Update 26 Jun 2010

Update 1 September 2010:
JAMUAN MAKAN MALAM JUBLI EMAS SKPJ
16 OKTOBER 2010
ARMADA HOTEL

Harga 1 meja (3 kategori):
(a) RM800.00
(b) RM1,000.00
(c) RM1,300.00

Harga 1 tempat duduk: RM80.00

Kaedah Bayaran:

(1) Bank in ke akuan UOB Berhad A/C num: 34630118041 dan hantar salinan slip @ fax ke SKPJ @ 03-77830051 attn. Cikgu Marina;

~ ATAU ~

(2) Cek atas nama “PIBG SK PETALING JAYA” diserah tangan atau pos ke-
PIBG SK PETALING JAYA
LORONG MASJID I (3/69-I)
46000 PETALING JAYA
SELANGOR.
Attn: MARINA BADZLY (S/USAHA PIBG)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Update 26 Jun 2010: Majlis Makan Malam akan diadakan di Armada PJ. Bayaran ialah sebanyak RM100 seorang dan boleh dibuat melalui deposit ke akaun Bank UOB atas nama PIBG SK PETALING JAYA. Sila maklumkan tentang pembayaran tersebut dengan faks (03-77830051). Untuk menghantar softcopy slip deposit secara emal, sila hantarkan ke ellzena@yahoo.com.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedang dirancang dan dikelolakan oleh PIBG SKPJ sesi 2010. Tentative Sabtu, 30 Oktober 2010. Karnival di premis SKPJ, dinner di hotel yang akan dimaklumkan kelak. Maklumat lanjut di Karnival Jubli Emas SKPJ di Facebook SKPJ. Boleh klik lencana. Masih ingat lencana SKPJ? Eheks… Semua graduan, mantan guru serta kakitangan SKPJ… jom heboh!!!

KERTAS CADANGAN PROGRAM
KARNIVAL JUBLI EMAS
SKPJ [1960 – 2010]

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bagi memohon sumbangan untuk melaksanakan Program Karnival Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya [SKPJ].

2.0 LATAR BELAKANG
Program Karnival 50 Tahun SKPJ ini adalah satu program besar-besaran sebagai meraikan SKPJ yang telah mencapai usia 50 tahun. Sepanjang 50 tahun penubuhan sekolah ini telah ramai bekas murid yang menjawat jawatan profesional di sektor awam dan swasta. Oleh sebab itu, pihak PIBG ingin mengumpul mereka dalam satu majlis bagi tujuan mengimbas kembali nostalgia di SKPJ.

3.0 OBJEKTIF
Antara matlamat yang ingin dicapai melalui Karnival ini adalah:
3.1 Membentuk semangat ukhuwah di kalangan warga sekolah dan ibu bapa.
3.2 Mempertemukan dan mempertaut kembali hubungan antara bekas warga SKPJ.
3.3 Menjalin kerjasama antara Agensi Kerajaan, Swasta serta masyarakat di sekitar SKPJ.
3.4 Memperingati 50 tahun penubuhannya.
3.5 Memberi peluang kepada ibubapa berkenalan dan bekerjasama.
3.6 Menjana ekonomi PIBG untuk ;
3.6.1 Melengkapkan dan menaiktaraf kemudahan bilik guru.
3.6.2 Membaiki prasarana yang usang dan rosak
3.6.3 Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan
3.6.4 Menampung kos aktiviti PIBG

4.0 SASARAN
Menerusi beberapa aktiviti yang dirancang, PIBG mensasarkan penyertaan daripada kalangan berikut:
4.1 Ibu bapa murid-murid SKPJ
4.2 Guru-guru dan bekas guru SKPJ
4.3 Murid-murid dan bekas murid SKPJ
4.4 Majlis Bandaraya Petaling Jaya
4.5 Qariah Masjid Sultan Abdul Aziz
4.6 Penduduk sekitar

5.0 SASARAN KUTIPAN
RM 30 000.00

6.0 TARIKH DAN MASA
6.1 Tarikh : 30hb Oktober 2010
6.2 Masa : Jam 8:00 pagi hingga 12:00 malam

7.0 TEMPAT
7.1 Padang SKPJ
7.2 Ballroom / Banquet – untuk Makan Malam

8.0 CADANGAN AKTIVITI
8.1 Karnival Jualan
8.1.1 Gerai-gerai Jualan dikendalikan sebahagiannya oleh murid-murid menerusi aktiviti Hari Usahawan mereka.
8.1.2 Sebahagian lagi dibuka kepada peniaga-peniaga luar.
8.1.3 Transaksi jualan adalah melalui kupon
8.1.4 Perkongsian jualan akan dibahagikan 30 : 70 [PIBG : Peniaga]
8.1.5 PIBG dan sekolah akan mendapatkan tajaan dari syarikat-syarikat sebagai Co-Sponsor yang menyumbangkan barang-barang mereka dan Booth untuk jualan

8.2 Sukaneka
Aktiviti ini melibatkan murid-murid, guru-guru dan ibubapa SKPJ. Terdapat 7 acara sukaneka yang akan dijalankan iaitu:
8.2.1 1 acara murid perempuan Tahun 1
8.2.2 1 acara murid lelaki Tahun 1
8.2.3 1 acara murid perempuan Tahun 2
8.2.4 1 acara murid lelaki Tahun 2
8.2.5 1 acara keluarga
8.2.6 1 acara murid lelaki vs guru lelaki
8.2.7 1 acara murid perempuan vs guru perempuan

8.3 Pameran / Pertunjukan
8.3.1 Pemeriksaan kesihatan/Derma darah oleh PPIUM
8.3.2 Majlis Keselamatan Jalan Raya
8.3.3 Polis – Rakan Cop [jenayah] /
8.3.4 Bomba [Kadet Bomba]

8.4 Makan Malam
8.4.1 Makan Malam Sambutan 50 tahun SKPJ
8.4.2 Belian Meja oleh tetamu-tatamu
8.4.3 Pengisian persembahan
8.4.4 Pertunjukan Slide sejarah SKPJ
8.4.5 Memperkenalkan Tabung RM1.00 SKPJ

8.5 Persembahan Pentas – Artis / Pelajar
8.5.1 Murid-murid SKPJ
8.5.2 Guru-guru SKPJ
8.5.3 Bekas Murid SKPJ
8.5.4 Bekas Guru SKPJ
8.5.5 Artis R. Ismail dan Herman Tino
8.5.6 Kumpulan Nasyid In-Team (Cadangan awal) akan diundang bagi memeriahkan program

8.6 Kupon Karnival
8.6.1 Kupon akan dijual 2 minggu sebelum tarikh Karnival.
8.6.2 Berharga RM10/ setiap satu mengandungi 5 x RM1.00 dan 1 x RM5.00.
8.6.3 Sebanyak 1,500 kupon akan dicetak dan dijual berserta nombor siri

8.7 Cabutan Nombor Bertuah
8.7.1 Sebagai acara selingan dan menambat penonton menunggu hingga ke akhir majlis
8.7.2 Jumlah hadiah bergantung kepada tajaan yang diperolehi.

8.8 Majlis Kesyukuran [Bacaan Yasin dan Doa Selamat]
8.8.1 Satu majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersama qariah Masjid Sultan Abdul Aziz juga akan diadakan.

9.0 JAWATANKUASA INDUK
9.1 Lampiran 1

10.0 TENTATIF PROGRAM
10.1 Lampiran 2

11.0 KEWANGAN
11.1 Lampiran 3

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program Karnival Jubli emas SKPJ ini akan dapat mencapai matlamatnya sebagai serampang dua mata iaitu mempromosi SKPJ dan juga mewujudkan ukhuwah dikalangan warga sekolah dan ibubapa serta bekas-bekas warga SKPJ.

LAMPIRAN 1
Senarai Jawatankuasa Induk adalah seperti berikut ;

Penasihat : Guru Besar
Pengarah Projek : Hjh Fauziah binti Ahmad
Pen Pengarah : En. Abdul Hayi Bin Md Noh
Setiausaha : Pn Marina binti Badzly
Bendahari : En. Rusli bin Jusoh
AJK : Semua AJK PIBG

SENARAI AJK BAHAGIAN

AJK Makan Malam
En Zolkapli b A Ghani
Cik Noor Fadzilah bt Hashim
AJK Gerai Jualan
Pn Hjh Fauziah bt Ahmad
En Rusli
AJK Protokol
Pn Esther Angelia
AJK Persembahan
En Abd Hayi b Md Noh
AJK Teknikal
En Mohd Basri
AJK Makanan dan Minuman
Pn Azizah bt Abd Latif
AJK Publisiti
En Mohd Adzam b Kodzir
AJK Sukaneka
Pn Siti Fadzilah bt Faidi
AJK Keselamatan
En Kadri b Badri
En Mohd Zaidi b Mohd Endon AJK Hadiah
Pn Suzana bt Ab Rahman
Pn Marina bt Badzly

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM KARNIVAL JUBLI EMAS
7:30 pagi – Pendaftaran
8:00 pagi – Gerai Jualan, Pameran, permainan bermula
8:30 pagi – Peraduan mewarna kanak-kanak dan “jigsaw puzzle” bermula
9:00 pagi – Ketibaan dif-dif Jemputan dan VIP
9:10 pagi – Ucapan Pengerusi
9:15 pagi – Kata-kata Aluan YDP
9:30 pagi – Ucapan Perasmian
10:00 pagi – VIP melawat gerai jualan / pameran
10:45 pagi – Jamuan ringan
11:00 pagi – Sukaneka bermula
• Lari pundi kacang
• Lari ikat kaki
• Lari dalam guni
• Lumba batu bata
• Acara cari dan gantung
• Bowling kelapa (lelaki)
• Bowling kelapa (perempuan)
12:30 – Penyampaian hadiah
1:00 petang – Jamuan Makan Tengahari Guru, AJK dan Petugas
sahaja dan Bersurai.

TENTATIF PROGRAM MAKAN MALAM JUBLI EMAS SKPJ

8:00 mlm : Ketibaan tetamu
8:30 mlm : Ketibaan VIP
8:40 mlm : Ucapan Pengerusi Majlis
8:45 mlm : Bacaan Doa
8:50 mlm : Ucapan Alu-aluan Guru Besar
9:00 mlm : Ucapan YDP / Pengarah Program
9:10 mlm : Ucapan Perasmian VIP
9:30 mlm : Makan Malam
9:45 mlm : Persembahan 1
10:00 mlm : Persembahan 2
10:15 mlm : Cabutan Nombor Bertuah
10:30 mlm : Persembahan 3
10:45 mlm : Persembahan 4
11:00 mlm : Cabutan Nombor Bertuah
11:15 mlm : Persembahan 5
11:30 mlm : Penutup dan Bersurai

~Disediakan oleh~
Puan Marina Badzly
Setiausaha PIBG SKPJ 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: