Lirik dan Seni Kata Lagu

Dulu dia orang sebut “seni kata”. Sekarang disebut “lirik”. Kata-kata yang mengiringi lagu. Aku pernah dengar suatu masa dulu temu ramah dengan M. Nasir kalau tak silap. Kata M. Nasir, lirik untuk lagu-lagunya bergantung kepada siapa yang akan nyanyikan lagu tu — ada lirik yang mempunyai makna mendalam, ada lirik yang biasa-biasa je. Ringan-ringan je.

Aku nak cerita tentang apa yang aku suka kali ni. Tak kiralah kau orang nak tau ke, tak nak tau ke, aku nak cerita gak… ahaks! Aku suka lagu zaman 80’an disebabkan liriknya. Awal 90’an pun lebih kurang begitu juga. Tappi lagu-lagu sekarang (dan sebelum era 80’an) agak straight to the point liriknya. Sekali dengar dah tau ceritanya. Bukanlah tak best, cuma macam tak mencabar gitu.

Ada juga lagu yang liriknya bunyi macam mempunyai maksud mendalam, tapi rupa-rupanya tak pun. Penulis lirik yang menulis lirik tu masa tu tulis ikut sedap je. Maka jadiliah lirik tu seolah-olah macam ada maksud tersirat, tapi rupa-rupanya kosong je… eheks… Adoi laaa… Macam ni pun ada ek?

Tapi so far, hingga kini, aku masih minat banget pada lirik lagu Impian Seorang Nelayan dendangan Kembara. Aku tak pasti siapa yang tulis lirik tu. Begitu juga dengan lagu Biarku Menjadi Lilin nyanyian Pelangi. Aku suka banget liriknya, dan lebih-lebih lagi lagunya! Boleh menitik air mata… sebak… ohhh… sesekali syahdu macam ni memang best gak kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Advertisements

18 Respons to “Lirik dan Seni Kata Lagu”

  1. Rasanya lagu-lagu Kumpulan Pelangi banyak ditulis oleh A. ALI (arwah dah rasnya).

    Selain Pelangi, aku juga suka lagu-lagu dari KRM – Kenny Remy dan Martin. Bestttt..!

  2. kalu gua gua suka lagu NEGARAKU,

    baca tajuk je dah tau keseluruhan lagu….

  3. kalu gua la… kopratasa…

    • Wa pun suka Kopratasa tapi beberapa lagunya diambil dari puisi macam Tetamu Senja dan Masihkah Kau Ingat tu kan? Tapi wa paling suka lagu Masihkah Kau Ingat. Lagu Permata tu wa tak berapa suka dengab liriknya sebab wa tak setuju dengan objektif lirik tu… eheks…

  4. tido kena bangun berdiri tegak ke atau bangun berdiri tegak atau bangun tegak?

  5. Al-Fatihah untuk arwah Achik Spin.

  6. Ish… A Ali ada lagi la…. Loloq yang dah mati…. lirik dia wa memang suka….. Ha ah.. A Ali, M. Nasir and S. Sahlan were all line-up of Kembara. A. Ali lepas tu form Pelangi.
    Err… kalau tengah tidur, terdengar Negaraku, certain part of the body berdiri tegak pun dah cukup dah….

  7. mohamad nazri Says:

    nak tye klau lagu datositi ade tak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: