Merah Jambu Untuk Awek

KTM Komuter pink untuk wanita dah mula, kan? Zaman aku naik Komuter dulu, ada beberapa trick yang penumpang gunakan untuk dapatkan tempat duduk dalam koc yang sendat. Oleh kerana zaman tu Komuter ni berkhidmat setiap 15 minit pada waktu puncak, maka penumpangnya boleh dikatakan regular berdasarkan jadual Komuter.

Zaman tu, setiap hari aku naik dari stesen Subang Jaya jam 7:40 AM ke Bank Negara. Selalunya aku naik koc yang paling belakang. Selalunya juga mesti ada sorang awek bertudung yang comel, manja, ayu, berkulit sawo matang dan berbulu roma halus di lengan yang betul-betul menepati cita rasa aku, duduk di tempat duduk hampir ke tengah perut koc. Dia akan turun di stesen Taman Dato’ Harun, selang dua stesen dari stesen Subang Jaya. Maka setiap pagi aku akan naik koc sendat tu dan cari di mana dia berada, dan aku akan berdiri di sisi kerusinya. Sampai aje stesen Taman Dato’ Harun, kompem aku akan dapat tempat duduk. Memang stim la sebab kusyen tu masih hangat dari kesan punggung dia… perghhh…!

Ofkoz, sebagai seorang lelaki yang ayu dan jelita, aku sambar peluang berkenalan dengan dia. Orang Negeri Sembilan yang bekerja di sebuah syarikat oil & gas di PJ. Duduk di Pelabuhan Klang. Mak oiii… jauhnya! Patutlah setiap kali dapat tempat duduk… eheks!

Lepas ni peluang nak berkenalan dengan awek dalam KTM Komuter kurang sikit kut? Nasib baik aku dapat sambar peluang tu dulu! Ekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!

Advertisements

12 Respons to “Merah Jambu Untuk Awek”

  1. lu pakai bra.. masuk koc pink! ahahaa.

  2. armadrafar Says:

    PINK PANTTHER KE PINK FLOYD ??

  3. Abih ler peluang nak main mata kan? Rugi lah sesapa yang tak dapat merasai love at first sight..! huhuhuhu

  4. teh o didih Says:

    cemana nanti kalo dah start koc kaler biru gelap/hitam/hijau tua?
    just for male…

  5. isk….lu buat gua imbau kenangan lama gua la….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: