Arkib untuk Mei, 2010

Aci Ke Belum…?

Posted in Bencana, Ekonomi, Santap on 31 Mei 2010 by Najwa Aiman

Tak aci sungguh… nak tunggu gula naik harga lagi. Gaji kebanyakan orang taknaik pun. Kalau naik pun ada le dalam 3% ke 15%, bergantung kepada kerja di mana. Yang kerja kilang gula mungkin boleh naik 15% le kut? Bukan ke? Ke?

Faktor apa ek? Cuaca agaknyua ya yang menyebabkan produktiviti gula menurun sampai pasaran kekurangan gula? Atau masalah haiwan dan serangga perosak kut? Ada masalah lain ke yang menyebabkan produktiviti gula menurun mendadak ni sampai kurang sehingga kekadang langusng tak ada gula di pasaran? Takkan pengilang gula saja-saja sengaja selamba nak kurangkan produktiviti gula dia orang sebab dia orang dah cukup kaya kut? Gila ke sawan dia orang kalau nak buat macam tu?

Apa faktor lain yang menyebabkan gula kurang ek? Nostalgia kut? Teringat zaman main nyorok-nyorok? Aci belum? Aci belum? Memang tak aci sungguh… Tapi secara positifnya elok juga untuk kesihatan kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Bertenet Itu Hidup

Posted in Teknologi on 31 Mei 2010 by Najwa Aiman

Kebanyakan kompeni kat Malaysia ni melarang staf dia orang berinternet kan? No Facebook, no Twitter, no blogging, no bla bla bla… Biasanya sebab larangan tu ialah trafik internet kompeni tu. Highway tak cukup lebar sedangkan bilangan kenderaan banyak nak mampus, kan?

Rasa macam tak best juga sebab masih ada kompeni yang buat larangan sebegini tapi apa boleh buat… Bukan semua organisasi mampu dan sanggup melabur dalam internet. Sesetengah kompeni — bergantung kepada jenis perniagaan — memang ada Facebook dan Twitter malah blog sendiri pula lagi kan? Nak tau pasal produk dan aktiviti organisasi tu boleh masuk ke Facebook, Twitter atau blognya.

Jadi sebenarnya patut digalakkan atau tak internet ni di organisasi ek?

Mengucap… Mengucap… Mengucap…

Posted in Bebel, Bodoh, Budaya on 28 Mei 2010 by Najwa Aiman

Siapa yang bawa masuk budaya ucapan ni ek? Majlis perasmian – berucap. Majlis penyampaian hadiah – berucap. Majlis makan malam – berucap. Majlis lawatan menteri – berucap. Majlis jamuan hari raya – berucap. Majlis iftar Ramadan – berucap. Majlis korban Aidil Adha – berucap. Sampai majlis kenduri kahwin dan kenduri arwah pun orang start dengan berucap dulu kan sekarang ni?

Kalau kat sekolah yang berucap ialah Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin, Guru Pengawas, Pengerusi PIBG sampai membawa kepada Ketua Pengawas dan Ketua Murid pun kena berucap. Berucap ni tengok majlis dan tengok siapa yang ada agaknya ya? Ketua Kampung, Tok Penghulu, Ketua Rumah Sukan, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, CEO, Ketua Polis, Ketua Kerani, Ketua Pos, Ketua Mafia, Imam Besar, Khatib Besar, Imam Kanan, Khatib Kanan, Khatib Kiri, Khatib Kanan Kiri, Pegawai Daerah, Pegawai Tak Berdaerah, bla bla bla…

Ofkoz yang paling kemuncak kepada kemuncak segala puncak menuju puncak ialah orang yang berucap tak pakai teks. Kompem tak ada brake, sama ada handbrake mahupun footbrake. Biasanya dia datang majlis dan mulakan ucapan tak ikut jam orang lain. Dia datang ikut jam dia. Panjang ucapannya pun ikut jam dia juga.

InsyaAllah orang yang biasa berucap dan suka berucap akan sempat mengucap juga sebelum tercungap-cungap… Mudah-mudahan… Tapi orang ‘alim kata orang yang banyak bercakap ni biasanya banyak dosa. Alamak! Bercakap dengan menulis ni bukan ke lebih kurang sama? Aiyaaarrrkkk…!!! Astaghfirullaahal ‘azhiimmm…

Selain Bersetubuh

Posted in Feminin, Matang, Nostalgia, Sosial on 28 Mei 2010 by Najwa Aiman

Sejujurnya memang aku gemar memandu dalam perjalanan jarak jauh tapi dengan syarat bukan dalam musim perayaan le. Aku tak suka traffic jam. But then again, manusia mana dalam dunia ni yang suka traffic jam kan? Eheks…

Tapi kegemaran aku tu biasanya dipudarkan oleh dua perkara — (1) Tol dan (2)… hmmm… Biarlah rahsia… eheks! Oya… memang… Tol memang buat syahwat aku nak drivingt kat highway yang lapang dan tak sesak dalam jarak jauh terbantut seolah-olah awek yang baru lucutkan spender depan aku rupa-rupanya ada zakar. Sungguh potong stim. Tu belum cerita tentang duit minyak lagi tu. Tapi apakan daya… travelling is part of my stupid job… adeh…

Anyways, aku memang suka perjalanan rasmi ke utara. Hari tu sambil makan tengah hari di Alor Star, ada satu awek masuk ke restoran yang famous dengan Mee Abu tu. Manissszzz… dan perawakan lengguk tangannya sambil berbicara mengukir senyum kat mamak restoran tu… perghhh…! Never failed to remind me of my Permaisuri back in KL. Ofkoz la aku terkenang Permaisuri aku time dia sebaya dengan awek tu. Nostalgia sungguh… adeh… stim…

So… apa yang sebenarnya aktiviti yang enjoyable kat negara Malaysia ni ek? Marilah kita masuk bilik dulu bersetubuh. Lepas tu kita fikirkan aktiviti yang enjoyable ok… Ayuh!

Bird’s Eye View

Posted in Ekonomi, Sosial, Sumber on 27 Mei 2010 by Najwa Aiman

Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan Air Asia hari tu, aku terperasan muka bumi kat bawah ni. Aku tak sure sama ada tu muka bumi Kelantan atau bukan, tapi sebab masa tu memang dah dekat nak landing, aku agak kat bawah tu negeri Kelantan le kut?

Tertarik tengok sungai tu. Cantik banget! Tu sungai le kan? Yang panjang warna kuning teh tarik berlingkar-lingkar tu sungai le kan? Sungai apa tu ek? Sungai Kelantan ek? Tapi yang kuning-kuning kat daratan tu haper ek? Pembalakan ke atau pembangunan? Apa-apa pun, sumber muka bumi tu semua dah tentu digunakan untuk manfaat.

Tak Ada Sebab Nak Bersebab

Posted in Estetika, Fesyen, Nostalgia on 26 Mei 2010 by Najwa Aiman

Zaman belum baligh dulu memang ada ramai gak kengkawan berjantina lelaki di sekolah yang suka letak sapu tangan kat atas tengkuk di sebelah kolar baju pakaian seragam sekolah. Biasanya spesis yang sehelai baju seragam sekolah tu untuk pakai seminggu laaa… Takut kolar tu hitam dengan daki. Al-maklumlah zaman tu memang tubuh badan sangat aktif dan produktif dalam aktiviti pengilangan dan pengeluaran daki.

Apa sebab lain orang letak sapu tangan kat situ ek? Fesyen kut? Entahlah. Fesyen perlu ada sebab ke? Mungkin satu-satunya bidang yang tak perlukan sebab untuk apa-apa jua sebab ek…? Eheks…

Anyways, meletak sapu tangan kat tengkuk zaman tu bukan sebab fesyen. Meletak sapu tangan di tengkuk masa tu ada sebab. Sebab yang baik lagi mulia pula tu. Maka oleh kerana perbuatan tu bersebab, maka bukanlah ia suatu fenomena fesyen semata-mata… Ya ke? Bukan ke? Ke?

Satu Jari Aje…

Posted in Bodoh, Teknologi on 26 Mei 2010 by Najwa Aiman

Zaman memang ketara berubah, kan? Dulu steno dan typist ialah orang penting. Semua pejabat perlu sebab orang-orang berpangkat di pejabat zaman tu semuanya spesis bongok tak reti guna mesin taip.

Sekarang, orang berpangkat tinggi setaraf CEO dan Executive Chairman pun kena taip surat sendiri, proofread sendiri dan hantar sendiri, kan? Zaman untuk bos-bos tulis draf surat atau memo dengan tangan guna pen atau pensel dan lepas tu bagi kat sekretari atau kerani untuk ditaip dah berlalu, kan?

Maka masih ada ke bos-bos yang tak reti menaip? Macam mana nak tau? Ada tanda-tandanya — masih guna kertas dan pen atau pensel untuk tulis draf surat atau memo; dan bila terpaksa menaip surat sendiri (yakni emel laaa…) maka anggota tubuh badan yang paling penat dan lenguh sampai kena picit dan urut ialah kedua-dua belah jari telunjuk… dan hanya jari telunjuk semata-mata. Jari lain semua okey.

Bos jenis macam ni… adoi laaa… Boleh tak kalau angkut aja semua barang-barang peribadi dalam pejabat tu dan bawa balik rumah. Bawa sekali dengan tuan punya diri. Dan jangan datang-datang lagi. Ever. Selama-lamanya. Boleh tak?