“Lama-Lama Nanti Suam”
Sekian lama makan tengah hari kat situ sampai pekerja restoran tu dah jadi biasa dan boleh dianggap waiter exclusive kita orang… eheks… Selama ni dia jadi guru bahasa Tamil tak rasmi dan juga tak bertauliah. Boleh kena tangkap dengan JAWI ke? JAWI tu haper? Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kan? Kalau ditukar taraf menjadi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan dipanggil apa ek? Aharks…!
Anyways, sahabat ofis tadi order teh O suam daripada dia. Dia datang bawa teh O panas. Maka sahabat ofis pun kompelin kat dia.
“Lama-lama lu makan, nanti dia jadi suamlah,” balas pekerja restoran tu. Cet…! Nasib baik dia tu guru bahasa Tamil kita orang. Kalau tak mesti dah kena carut… dalam bahasa Tamil! Baru dia tau apa makna ilmu makan tuan! Ekekekekeke…
5 Mei 2010 pada 3:42 PM
Orang2 camtu memang sangat bijak… sebab tu susah nak pijak. Hehehehe
5 Mei 2010 pada 4:37 PM
Tak kuasa nak pijak pun… eheks…
5 Mei 2010 pada 4:26 PM
ada saja jawabnya.
5 Mei 2010 pada 4:37 PM
Ada-ada sajeeeeeeee…
5 Mei 2010 pada 5:05 PM
ahaha… duduk diam2… lama2 dia suam kalu…
5 Mei 2010 pada 11:57 PM
Lagi lama duduk kalu… lagi panas mahu…
6 Mei 2010 pada 12:08 PM
macha…mcm mana dgn penguasaan bahasa tamil ko? dah fasih..ekeke…
aku rasa sejak kita lepak kat restoran mamak kat masjid jamek dulu ko dah start belajar bahasa tamil. dah lebih dari 3 tahun tu.
6 Mei 2010 pada 4:23 PM
Kat sini ada kolli naraya la dey…!
6 Mei 2010 pada 3:10 PM
tu dia perli ke carik pasal
6 Mei 2010 pada 4:22 PM
Entah… susah nak baca mka dia orang ni. Sefesen dan sebesen jek…
6 Mei 2010 pada 3:41 PM
kes biasa ni bang, dulu sy tiap pg lepak kat kedai mamak yg sama, tp bila sy mintak kopi o dia kasi neskepi, bila sy suruh buat yg lain, dia ckp – sama apa, kopi jugaa hahaha
6 Mei 2010 pada 4:19 PM
Dan kat situ ramai gak pekerja yangbaru turun kapal. Bila minta order yang canggih sikit, terus blurrrr… dia orang rasa nak nangis sambil berlari atas air balik negara memasing… Kan?
9 Mei 2010 pada 12:04 AM
miss those days..hehehe… ingat lagi cerita abg aku…
“teh o limau dua”
mamak dtg sambil bawak satu gelas je..
“mana lagi satu?”
“itu..”
sambil tunjuk dalam gelas tu ada dua biji limau…apa yang harus dibuat??!!
9 Mei 2010 pada 10:27 PM
Cakap kat mamak tu “Punde pombéle ada?”… hehehehehehe…
10 Mei 2010 pada 5:03 PM
kisah benar.
ada satu group member aku ni (dlm 5-6 org) balik dari bersukan terus lepak kat kedai mamak.
datanglah sorang mamak yg baru datang dari india kat group tu, ‘mau minum apa’. salah sorang mamat dalam droup tu cakap, ‘minum apa ada’. mamak tu pun jawab ‘kopi o, teh o, teh tarik, teh ais, nescafe, milo, milo ais bla bla bla’.
masa mamak tu tengah cakap, salah sorang mamat dalam group tu nak terkencing, so dia tanya mamak tu, ‘tandas ada?’. mamak tu termenung kejap (cuba nak fahamkan apa itu tandas, mungkin bos dia belum ajar lagi perkataan tu) lepas tu dia jawab, ‘tandas sudah habis’. ..ekekeke….
11 Mei 2010 pada 9:11 AM
Ekekekekekekekekke… hampeh mamak tu… Member ko yang nak terkencing tu tergelak juga tak? Dia perlu cari tandas lagi ke lepas tergelak tu? Ekekekekekekekekeke…